Monday, June 13, 2011

Jangan hilang.

Mata tak mahu pejam-pejam. Lepas dah sms boyfriend, 'sayang, selamat malam', dan dia tak reply (mungkin dah tidur) i terfikir satu perkara. Dan satu perkara itu adalah tentang perhubungan i dengan kekasih i. Tiba-tiba i rasa takut.

Memang. Memang i takut akan kehilangan. Permulaan kehilangan memang perit. Tapi bak kata Leona Lewis, 'Better in Time' kan. Kadang i curi pandang muka kekasih i, lantas terdetik dalam hati, 'berjodohankah aku dengan kau, sayang?'. Masa tu juga hati i menangis, sebab i tak tahu apa akan jadi pada i kalau i kehilangan dia.

Tapi kena fikir juga, kehilangan atas dasar apa.

Orang ketiga? (bullshit)
Kematian?
Ketidakserasian?
Ketidakberjodohan?

Masa dia hantar i pulang tadi siang, kita sempat borak pendek pasal jodoh. Sebab ada kawan dia yang pernah bercinta, pernah putus (dengan orang yang sama), sambung kembali hubungan yang terputus, lantas mendirikan rumahtangga. Memang bila dah kahwin, alhamdulillah berjodohan jugak. Tapi part putus tu? Sumpah mesti perit tak ingat punya.

I pun kasi contoh pada dia, abang i sendiri bercinta dengan kakak ipar i masa sekolah, sambung bercinta sampai universiti, tapi masa dah kerja, mereka putus seketika, dan bila sambung semula, kahwin. Dah ada baby comel sorang pun sekarang.

I tak tahu kenapa masa tu perut i kecut dan i bersuara, 'kite tak nak ada part putus-putus. Kite nak bercinta dan terus kahwin dengan sayang. Sebab bila dah putus, tak kan boleh sambung-sambung semula'.

Dan i tak ingat dia balas apa tapi apa yang keluar dari mulut dia, buat i lega.

Seriously, he's really cool. Bila i panas, dia sejukkan. Semua kata-kata yang keluar dari mulut dia, buat i bahagia, buat i lega dan buat i ceria.

Mungkin sebab tu i tak boleh kehilangan dia. Sebab i mahukan lelaki sebegini untuk bimbing i, dan untuk jadi ayah kepada anak-anak i.

Tiba-tiba teringat kata-kata Adam dituju buat Nur Aminah,

"Ambillah apa saja, kecuali dia...kecuali dia."

1 comment:

  1. "Sebab bila dah putus, tak kan boleh sambung-sambung semula".....suka sejuta klik this word...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.