Tuesday, September 17, 2013

Buku pink pertama

Huhh i lega da buat buku pink. Selalu orang duk cakap buku pink buku pink, i fikir apa bendalah buku pink tu sebenaq benaqnya? Rupanya buku ni sangat penting untuk merekod kesihatan ibu mengandung sehinggalah saat kelahiran. I rasa lucky gila tak payah beratur panjang tunggu giliran yang tersangat lama untuk buat buku pink ni. Kalau kat klinik kerajaan lain kan semua orang pun tahu harus tunggu lama. Proses buat buku ni dah la makan masa, lepas tu kena tunggu giliran bersama ibu hamil yang lain lagi.

I buat buku ni kat dalam kem. Kat klinik Keluarga, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pangkalan Udara Gong Kedak. I melangkah masuk klinik je, kat ruangan menunggu takda orang langsung. Different gila kot berbanding klinik ibu dan anak yang lain, lambat sikit je mau takda kerusi nak duduk. So i terus jumpa nurse cakap i nak buat buku. I kasi kad pengenalan dengan gambar scan masa i buat kat klinik swasta aritu tu. Nurse terus rekod, tanya background kesihatan semua lepas tu nurse rekod berat dengan tinggi. Lepas tu pulak diorang nak check urine. Urine i jernih je sebab memang i minum air kosong banyak. Then i kena buat ujian darah. Hoi sakit oi kena cucuk. Bukan ambil darah setitik, tapi penuh dalam jarum suntikan. Nurse ambil darah kat tengah ruang antara lengan tu. Nurse cakap urat i halus je. Mujur la i bukan jenis takut ambil darah. Tapi sakit tetap sakit.

Selesai ujian darah, nurse panggil i masuk bilik rawatan. I baring kat katil nurse cerita sikit pasal payudara. Kepentingan bagi ibu hamil untuk check kalau kalau ada ketulan atau benjolan yang boleh membawa pada kanser payudara. Ramai wanita suka ambil mudah benda ni (termasuk i). Nurse tekan tekan pada bahagian tersebut lepas tu nurse cakap kelenjar kelenjar susu dah mula ada ni. I syukur. Lagi, nurse ajar i teknik teknik untuk kesan perkara tersebut.

Part paling best, nurse scan perut i lagi. I nampak baby i. I nampak kepala dia. I nampak denyutan jantung, I nampak kaki walaupun agak blur gitu. Oh bahagianya.

Next appointment on 23 Oktober ni. Masa tu i dah masuk trimester kedua. Satu lagi yang i suka pasal klinik ni, diorang sediakan dental check up sekali. Dental check up i pada 9 Oktober. Bagus kan, two in one. Nurse yang handle i pun baik sangat. Style mak mak gitu. Kalau ada masalah, boleh contact h/p dia selepas waktu pejabat. Kalau waktu pejabat, call klinik je.


                           

       

Thank you sayang sebab sudi menemani isterimu ini. Jom sama sama lihat baby kita membesar. Thank you sebab sabar layan kerenah isteri yang sensitif lagi kuat menangis ni dan thank you sebab selalu tak menghampakan keinginan kita terutama pasal makanan.

*hugs hugs


2 comments:

  1. kita dulu buat buku pon dengan ppat .. ya Allah nurse dia sangat buat hilang sabar dengan tak reti nak senyum nya nak trik macam askar juga kot..tapi doc dia terbalik pula senyum memanjang and nampak sangat keibuan dia..last pergi check up dengan ppat 2 kali jer..lepas tu cakap dekat nurse kirimsalam dekat doc lepas tu tak datang dah hehehehe...buka buka 2 at kelinik kerajaan jer..memang berbeza gila sebab dekat kerajaan kita kena tunggu gila lama..tapi tak apa lah janji tenang jiwa time checking..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula, ikut luck kut. baby dah berapa weeks tu?

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.