Friday, September 20, 2013

Simptom kehamilan i

Semua sedia maklum bahawa bila hamil je, keadaan yang tak selesa bagaikan kawan baik gitu. Dulu i fikir, setiap wanita yang hamil mesti mengalami morning sickness, muntah muntah, sakit kepala, sini tak selesa, itu tak selesa. Sangat tak best. Rupanya i silap. Setiap orang berbeza beza. Badan berbeza, hormon juga berbeza.

Macam tu jugak dengan apa yang i alami. Sebelum dapat tau i hamil, i sangat kuat makan. Maghrib buka puasa makan nasi, isyak i dah lapar. Hubby pulak terkejut tengok i makan. Kat rumah mertua, balik terawih, i terus buka tudung saji, paksa hubby teman i makan nasi (sebab segan kan, bukan rumah sendiri). Dan, sehingga ke hari ini i sentiasa kelaparan. Bukan kelaparan biasa, sampai pedih perut bunyi bunyi minta diisi. Kesian hubby, i asyik mengadu lapar. Apa la sangat lapar i tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang i tengah kandung sekarang ni. He he

Cakap pasal alahan, loya loya dan yang sewaktu dengannya, i bersyukur, i tak extreme mengalaminya. Masa kandungan i nak masuk dua bulan (around 5-6 weeks), ada i rasa sikit tak selera, I terbayang makanan berminyak, berlemak atau bersantan, i rasa nak muntah. Tapi makan tetap makan ok, takda maknanya tak selera sampai langsung tak makan. Lepas makan, i akan muntah sikit, then baru akan lega, I terbaca bahawa time tu Allah nak tiupkan roh pada kandungan i, that's why akan rasa sedikit loya dan tak selesa. Ohh begitu rupanya.

Morning sickness yang orang sebut sebut i tak tahu macamana. Pening pening ke muntah muntah ke atau badan tak bermaya ke apa? So far sepanjang kehamilan, i baru sekali sakit kepala. Most of the time, i ceria je. Kakak ipar i cakap, i aktif lasak macam tak preggy pun. Syukur syukur syukur alahan i tak teruk. Semoga baby i pun kuat macam i, ya sayang ya? Sampai satu tahap tu, i curious, betul ke i preggy ni, takda simptom simptom over macam orang lain pun (sebelum i scan la tapinya). Rupanya betul berbeza, kawan i alahan mengandung dia sampai gatal gatal satu badan, kena admit wad sebab muntah tak berhenti pun ada.

Tapi, i ada satu simptom yang quite tough juga i alami yakni batuk berkahak. I jarang batuk tapi batuk yang i alami ni lebih dari seminggu. Batuk yang diikuti dengan kahak hijau yang pekat. Well kalau kahak sampai hijau, itu agak serius juga. I cakap pada diri, batuk je takpa, asalkan bukan sakit kepala. Tiap kali batuk, i pegang perut, takut baby terkejut. Rupanya batuk pun berlaku akibat dari perubahan hormon juga. Anything for you baby, mama rela.

Lagi satu bila hamil, tulang punggung atau pinggang mudah rasa sengal sengal. Kalau i baring atas karpet atau tilam nipis, nak bangun balik tu kena slowly. Sakit woo even baring sekejap pun. Nak tempat empuk aje, mengada.

Itu je yang bole i kongsikan sedikit pengalaman. Orang kata, kalau alahan tak teruk, baby boy. Kalau alahan teruk, baby girl. Tapi ada je orang yang dapat sebaliknya.

Tapi jujur, kalau boleh, kalau ada rezeki, kalau diizinkan Tuhan, i mahu baby boy.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.