Nurse sapu gel kat perut i dan doktor mula lakukan ultrasound. Dan i nampak baby i! I tanya doktor, "mana heartbeat?" Doktor pun tunjuk, "ni heartbeat dia", sambil tunjuk pada skrin. "Semua normal, kedudukan elok dalam rahim", sambung doktor lagi.
Ya Allah, leganya i nampak heartbeat. Leganya bila doktor cakap semua normal. Leganya bila baby terletak elok dalam kantung dia.
week 9
"Banyakkan ucap syukur pada Allah SWT sebab tak semua pasangan dapat merasai memiliki zuriat sendiri. Ada pasangan yang datang pada saya, menangis nangis sebab bertahun kahwin tapi belum hamil, nak berdepan dengan mertua, saudara mara dan orang sekeliling lagi yang perli bila nak dapat zuriat. Ada suami yang mengadu pada saya, tiap tiap bulan isteri menangis sebab datang period"
"Bila Allah berikan kita rezeki anak ni, maksudnya Allah telah naikkan darjat kita. Daripada bujang, Allah naikkan darjat menjadi seorang isteri/suami. Kemudian Allah sekali lagi naikkan darjat menjadi seorang ibu/ayah. Apa yang paling penting sekali adalah persediaan untuk menjadi ibu/ayah. Harus bermula dari memperbaiki diri. Banyakkan solat tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran. Ada rezeki lebih, pergi ke seminar keibubapaan"
"Tugas kita adalah banyakkan berdoa supaya Allah lindungi kandungan. Hal anak, serah pada Allah dan yang penting adalah bersangka baik dengan Allah. Jangan terlalu fikirkan benda yang negatif kerana Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud "Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku"
Lepas keluar dari bilik doktor, i rasa kata kata yang dituturkan tadi bagaikan emas permata yang tiada tandingan. I tengok hasil scan tadi, hati i sebak.
Terima kasih Tuhan atas sesuatu yang Kau anugerahkan dari pernikahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.