Hai baby! Bila nak start kicking ni? Mama tak rasa pun. Sangat tak sabar ok nak rasa tendangan pertama baby. Harini baby mama dah 18 minggu yaww. Dalam pregnancy calendar dalam phone mama tu cakap anak mama sebesar buah orange. Ke mango? Senang mama nak bayangkan kalau betul. At the moment, mama jauh dengan papa sebab dia sedang berkursus di Kuantan. Dah sembilan hari mama berjauhan. Rindu pulak rasa bila takda tangan kasar usap usap perut mama ni.
Mama rasa mama dah makin gemuk. Next check up confirm berat naik. Duduk rumah Mak tok ni, mama asyik makan je. Baju baju pun rasa makin sendat. Kalau kat Besut sana, kat tempat kerja papa, mama rembat je baju t-shirt papa tu, dengan boxer boxer papa sekali (papa pun makin besar, so banyak dah yang tak muat). Papa jangan marah ha. Kalau kat rumah Mak tok, t-shirt adik adik, mama pakai. Besar, longgar so selesa.
Azam mama
Cita cita mama, azam mama, bila baby dah lahir nanti, mama nak susukan baby sampai umur dua tahun (kalau susu mama banyak la). Lepas tu, mama tak nak ajar anak mama tidur buai. Susah nanti anak mama manja sangat, nak berbuai je sepanjang masa. Tidur atas tilam je tau. Senang nanti nak practise pusing pusing badan, angkat angkat kepala. Lagi satu, no hisap hisap puting. Hisap jari comel baby sendiri je sudah. Jujur, mama rasa rimas tengok kids yang dah besar pun, masih hisap hisap puting lagi. Just saying. Sebab mama yang akan decide apa yang terbaik bagi mama untuk anak mama sendiri. Mama ada hak 100% takda kompromi.
Setakat ni, tiga benda tu je yang mama berazam sangat. Harap papa menyokong.
Nama anak mama
Pasal nama. Mama happy sebab papa pun jenis tak gemar nama anak panjang panjang. Kalau baby girl, satu nama saja. Kalau boy, dua nama termasuk Muhd bagi nama pertama sebab nama papa ada Muhd juga. Mama akan elakkan nama nama moden yang dah ramai sangat orang guna. Biar nama anak mama ada bunyi arab arab sikit. Wahh jauhnya mama fikir haa.
Gambar gedik untuk mama whatsapp papa
Waaa gemoks kan mama
Baby, insyaAllah kita akan berjumpa lagi 3 Disember ni untuk check up seterusnya dengan perut mama yang bertambah besar. Jaga diri baik baik dalam rahim mama ya.
Dengan sepenuh cinta,
Mama
Meru, Klang