Tuesday, October 15, 2013

Second trimester yaww

Syukur alhamdulillah, kandungan i dah hampir nak memasuki empat bulan. Baby bump pun dah semakin ketara. Simptom simptom yang tak berapa best pun dah takda. Betul la kata orang, trimester kedua ni agak rilex sedikit. Takda dah batuk batuk, pedih ulu hati atau muntah selepas makan. Tapi tak tahu lah, mungkin akan muncul kembali. Just wait and see. Apapun, apapun yang i alami, mama rela apa saja sayang, apa saja. Ewahh sangat.

I paling tak sabar nak shopping barang baby. Mesti feeling mak mak sangat nanti kan. But it is too early. Hubby kata kita shopping awal next year lah. Dah tau jantina baby kang best sikit nak pilih pilih baju. Hubby suka cakap baby dia ni boy (nak train jadi pemain bola sepak lettewww). I pun suka kalau anak sulung boy sebab nanti dia bole jaga adik adik dia especially adik girl. I ada abang, so i tau betapa bestnya ada abang yang akan ambil tahu pasal kewangan, kesihatan dan sosial life termasuk siapa boyfriend adik perempuan dia. 

Tapi kalau baby girl pun best juga. Boleh kasi pakai baju lawa lawa. Baju baby girl kan seribu satu macam sangat. Dari hiasan rambut sampailah ke kaki. Aww comelnya. Kalau boy, pi mai pi mai tang tu juga. Tak kisahlah, asalkan anak mama dan papa nanti sihat sempurna, jantina apa pun, kami terima dengan syukur yang tak terhingga.



me at week - 15




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.