Chloasma
Ia juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'. Ia kelihatan seperti tompok tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.
I alami benda ni tapi pada leher (syukur bukan pada muka). I perasan ada macam tompok gelap di sekitar leher. Nampak macam daki tapi bila i letak baby oil pada kapas, dan cuba untuk bersihkan, ternyata ianya tak hilang. So, memang bukan daki tapi chloasma. Lepas bersalin hilang, ok takpa.
Linea Nigra
Linea Nigra adalah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah tengah perut yang biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul pada trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi. Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas kelahiran bayi.
I baru perasan garisan ni, macam baru nak muncul sebab belum ketara lagi. Mungkin bila kandungan i semakin besar ia akan semakin kelihatan. Takpa, kalau ianya demi untuk pembesaran bayi, i happy.
Jaringan urat
Jaringan urat (spider veins) ini adalah kapilari kapilari darah (saluran darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi. Ia biasa berlaku pada wanita hamil. Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.
Jaringan urat ni pun berlaku pada i. Bila i tengok pada cermin, akan nampak jaringan urat halus pada pipi.
Seri ketika hamil
Rupanya 'seri' semasa hamil bukan sekadar kata kata. Ketika hamil kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan menjadikannya montok serta menghilangkan garis garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda.
I suka part ni sebab akan buatkan i perasan. Tapi betul, i rasa kulit muka i macam glowing gitu plus takda satu jerawat pun yang timbul sepanjang kehamilan ni (sebelum hamil pun memang jerawat tak boleh hidup kat muka i, kalau ada pun, esok tu mesti hilang)
Selamat tinggal tidur terlentang
Dah masuk bulan keempat ni, i cuma ada dua pilihan cara tidur. Mengiring ke kiri atau ke kanan sahaja. Selepas minggu ke 16 ni, dah tak elok lagi tidur terlentang sebab bayi akan menekan salur salur darah dalam badan ibu. Cara tidur yang elok bagi ibu hamil adalah mengiring ke kiri dengan kaki dibengkokkan sedikit serta letakkan beberapa biji bantal di celah lutut agar lebih selesa. Cara begini dapat mengurangkan tekanan pada otot di sekitar peha dan pelvik. Hakikatnya, i lebih suka mengiring ke kanan, kan sunnah.
Trimester kedua yang nikmat
Berbeza dengan trimester pertama, di trimester kedua ni i rasa lebih cergas dan bertenaga. Rahim i jadi semakin kuat alhamdulillah. Sebab tu, trimester kedua ni saat yang sesuai untuk vacation (apakan daya, hubby berkursus pula). Sebab dah melewati fasa tubuh berkerja kuat. Sekarang pun tubuh berkerja kuat tapi tak sedasyat waktu trimester pertama.
hello! i'm at week 17!
Thank you baby, sebab baikkk sangat duduk dalam tu. Harap di trimester ketiga nanti pun baby senangkan mama ok. Ya, sampailah baby melihat dunia.
Ok, just kidding. Semua tu urusan Tuhan. I will keep on berdoa berdoa dan berdoa agar Allah mudahkan urusan i sehingga ke saat kelahiran.
Mama dan papa tak sabar sangat nak jumpa baby. Sangat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.