Tak semua wanita dilahirkan sebagai pandai memasak sebab background kita tak sama. Ditambah dengan minat lagi pula. Dari yang i kaji sendiri, sekiranya ibu kita suri rumah, maka kita akan terbiasa dengan mahu makan apa saja, minta dan ibu akan tunaikan. Possibility untuk berdikari dengan memasak sendiri adalah kurang. Beza pula dengan ibu yang berkerja, yang kadang memaksa kita untuk mencuba memasak sendiri dan belajar melalui kesilapan.
Haritu i sembang dengan seorang kawan. Dia kata dia tak tahu memasak. Katanya, buat apa nak masak, balik rumah, makanan dah tersedia. Nak makan apa saja, ibu masakkan. Atau makan di luar saja, tak perlu nak masak bagai. Pada i, mungkin senang waktu sekarang sebab masih tinggal bersama keluarga. Kalau duduk rumah sendiri bersama suami? Anak anak lagi? Kalau banyak duit, mungkin boleh ambil maid.
Dari pandangan i, memasak ni bukan kata you buka buku resipi, terus masakan you excellent macam dalam resipi walhal ilmu tentang masakan you zero. Kebanyakkan pengetahuan tentang masakan you hanya akan perolehi dengan kesilapan yang you lakukan. What i mean is, try and error. Dengan kesilapan kesilapan itu yang sebenarnya mengajar you.
I tau, salah satu sebab bertambahnya sayang hubby pada i sebab i tahu memasak. Dan menguatkan lagi alasan untuk menikahi i juga atas sebab itu. I tak handal, i cuma ada minat. Since zaman sekolah dulu, mama i berkerja. Jadi, masa mama di dapur terhad. Most of the time, mama cuma sempat masak nasi goreng (tapi waktu tu mama i terror baking sangat, lauk lauk ni mama i kurang). Tiap kali mama di dapur, i suka tengok mama masak. Now mama dah tak berapa sihat, memang mama dah stop masak dah lama. Bila i ada, i cuma perlu tanya, "mama nak makan apa?", "mama, nak fira masak apa?".
Sekarang i dah kahwin dan i bangga bila suami dapat merasa air tangan i. Plus dapat memberi layanan first class di meja makan.
Masak untuk suami, masakan biasa jadi bertambah tambah lazatnya.
Setuju :)
ReplyDeleteTak pandai sangat masak pun, at least belajar dan belajar.
betul tu ziema. at least ada kesungguhan. itu penting. practise makes perfect right?
Delete