Friday, November 22, 2013

Baby's first kick

Helo helo! Moment yang i tunggu tunggu dah pun berlaku. I rasa baby i punya first kick sewaktu genap minggu ke 20 (means 5 bulan). Mungkin awal lagi sebenarnya dia start tendang tapi i yang baru perasan. Siang tu i busy buat cream puff, lewat petang pulak i busy masak untuk mama buka puasa. Dan, malam tu masa i sandar kat sofa tengok tv, i rasa something kat perut. Macam ada butterfly tapi macam bubble pun ya juga. Kadang macam berombak. Suspen ni suspen ni. I tunggu lagi sambil usap perut. I rasa lagi sekali dan lagi dan lagi. "Ha ambik kau, nak rasa sangat kan," kata baby barangkali.

Betul la, bila you busy memang susah nak perasan benda ni. Bila you baring, you akan ketara rasa tendangan halus ni. Aww comelnya comelnya tendangan baby. Terus i terbayang baby tendang macam ni,

Heeeyahhhh! Rasakan mama! 


Memang waktu 4 month i ada rasa getaran di bahagian perut. Tapi itu heartbeat baby sahaja. Cakap pasal heartbeat, laju woo and then bila you baring you akan rasa ada vibration di seluruh badan. Even you duduk pun, you akan rasa vibration juga. Tak semua orang akan rasa vibration ni. Alhamdulillah i dapat rasa. Petanda baby sedang bernafas dalam rahim you. Mau tak happy gila.

So sekarang, waktu subuh bila i celik mata, tangan i capai perut dulu. Usap usap perut dan baby i akan respon dengan tendangan halus itu. Nak suruh mama bangun solat subuh la tu. Ok, jom kita pergi solat subuh, i cakap pada baby.


Gambaran baby pada minggu ke 20


Half way to go, baby!


Memandangkan i jauh dengan hubby waktu ni, perkara ni yang paling nak sangat i bagitahu pada hubby, tapi......



4 comments:

  1. Tahniah fira... Nway ad mkn ap2 supplmnt x? If bermint nk tau psl shklee leh cntc kak syda.. Sgt bgs mkn ms mengandung.. Berpntng..

    ReplyDelete
  2. Hyee kakak sygg. Lama xjln2 sini. Btw, hope mama n bby sihat2 sajee. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee hai. apesal lama tak nampak memblog ni? nyway, thank youuuu

      Delete
    2. Baru start keja kt tmpt baru la kak. Baru brhijrah ke negeri lain. Jauh dgn org2 kesayangan. Sobss. Sedihh (Padahal tiap mnggu balik). Hehe. Ehh akak, adaa laa FB kite - aien jieha

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.