Tuesday, November 12, 2013

Am i a good wife, sayang?

Sepanjang tempoh lapan bulan lebih sikit bergelar isteri pada lelaki yang dicintai, ada masa bila i sendiri, i cuba muhasabah diri.

Am i a good wife? Is that enough, apa yang i beri pada suami setakat ni? Kekurangan kalau ada, di mana?
Lumrah manusia, selalu anggap diri sudah bagus tapi hakikatnya?

Tak semua orang Tuhan naikkan darjat untuk bergelar suami/isteri. Ada lambat, ada cepat. Ada yang langsung jodohnya berat. Ada yang berumahtangga tapi merana. Ada yang bahagia (semoga sampai syurga).

Jujur. Ini apa yang i amalkan dari awal perkahwinan dan dengan niat, mahu pupuk layanan sebegini sampai ke tua usia kita:

1) Sentiasa ucap thank you walaupun di atas sekecil kecil pertolongannya. Tolong ambilkan barang misalnya.

2) Suap makanan ke mulutnya. Bagus dipraktikkan semasa dalam kereta waktu hubby sedang drive dan kita di sebelahnya.

3) Mencintai keluarganya. I truly really love his family like my own.

4) Tidak meminta sesuatu di luar dari kemampuannya. I belum pernah minta gelang, rantai emas lagi okayyy. HAHA

5) Masak makanan kegemarannya. Berikan layanan sempurna di meja makan juga.

6) Manja. I feel like baby.

7) Selalu kemas dan wangi. Tak aci, hubby bole je berboxer sepanjang masa. Time mandi pun ikut suka dia.

8) Selalu bertanya, "sayang ok? nak air? nak makan? nak cium?

9) Rumah mesti harus wajib kemas dan bersih. Biarlah kalau lepas tu dia buat sepah balik ke, takpa biarkan.

10) Buat segala suruhannya dengan senang hati dan sepenuh cinta.

11) Sokong minatnya. Time bola kat tv, kasi remote padanya dengan berkata, "nah, all yours". Pastu terus pergi tidur. Kadang kadang jerit goal tiba tiba. Atau ketawakan dia time syok tengok bola tapi service currently not available gara gara hujan.

12) Ada sense of humor. Part ni i bertuah sebab dia selalu mulakan buat i ketawa.

13) Jaga aurat di luar rumah. Selalu ingatkan diri, dosa isteri adalah ditanggung suami.

14) Jahit seluar/baju suami yang koyak. Lepas jahit hubby cakap thank you, rasa macam di awangan gituuu.




15) Jaga zuriatnya. Walaupun baby kami belum lahir, tapi harus mulakan sejak dari dalam rahim lagi. Indah rasanya bila kita mengandungkan anak dari benih lelaki yang dicinta. I feel blessed. Really.




Sebab itu, sebab itu i tak mahu berjauhan dengan suami. Sebab i tak boleh lakukan semua ni.

Macammana i nak collect pahala?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.