Sabtu lepas aku gi wedding fiza, member masa diploma dulu. Lagi dua minggu, member baik aku pulak, buat kat Perlis. So, nak tak nak aku HARUS pergi. Dia mintak aku jadi pengapit. Oh tidak! Saye tak suke jadi pengapit sebab saye akan rasa macam saye yang pengantin! Pastu saye tatau nak control ayu camne! Oh dia kata "Fyra, ko cari baju oren k! tema wedding aku kaler oren" Ala, celah mana lak nak cari baju oren ni?
Pas dah carik baju, nak kena pikir lak nak kasi hadiah ape kn. Mm hadiah apa yang best selain dari pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain? Ha dapat idea dah. Apakata bagi baju! Bukan sebarangan baju k, tapi baju sempena pengantin baru lor. Haha. Ok, sok aku nak pi carik kat Jusco! Besnya ko da nak kawen. Kenapa di antara kita berempat, ko yang sampai seru dulu? Kenapa bukan aku? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Buat Hus, jumpa lagi dua minggu dari sekarang k! Aku datang bersama-sama hadiah ni! Tak sabar nak jadi pengapit. Aku akan pastikan aku orang kedua lawa selepas ko! :P
hehe.. ko x lame je lg tu.
ReplyDelete