Thursday, July 18, 2013

Isteri sang tentera

Selalu kita dengar, jadi isteri kepada tentera je mesti kena tinggal berjauhan, mesti tak dapat jumpa selalu selalu. Alasan dia isteri kerja kat situ, suami kerja kat sana. Motif utamanya, duit. Dah jadi mindset, kalau wife tak kerja (bagi yang kerja jauh dari suami), kesian si suami. Kononnya bagi mebantu si suami agar kehidupan lebih selesa. Yup, true but i'm not agree with that. Dalam kepala, i dah set 'tempat isteri di sisi suami'. Biarlah kalau tak kerja pun, biarlah kalau degree tu hanya sekadar buat hiasan di dinding sekalipun, asalkan i di sisi suami. I dapat hidup normal macam pasangan suami isteri yang lain. Dapat keberkatan hidup berumahtangga. Dapat kumpul pahala sebab berbakti kepada suami without any boundaries.

Bila dah ada anak, satu hal pula. Sekali sekala baru suami dapat pulang, so jarang jarang dapat bermesra dengan anak. Jangan salahkan orang lain kalau anak sendiri tak kenal bapanya. I faham, setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka pilih untuk berjauhan. Kat tempat kerja hubby di Besut ni pun berapa ramai pegawai yang isteri mereka kerja di KL. Kadang tu sampai bertahun tahun lamanya tinggal berjauhan. Memang, alah bisa tegal biasa. Jadi, i tak nak biasakan diri i to be one of them. I tak nak.

I berangan, bila i ada anak nanti, i nak asuh mereka sendiri, tak payah hantar nursery. I nak didik mereka apa yang nursery tak boleh beri. Sebab tu jika diberi pilihan, i tak mahu kerja. Sebuah institusi keluarga yang berjaya dan bahagia bermula dari rumah. Tapi ramai di kalangan kita yang masa lebih dihabiskan di tempat kerja.

Rezeki ada di mana mana. Duit yang dikejar tak akan berhenti menunggu kita. Rezeki yang sedikit akan terasa berkat andai kita mensyukurinya.

I harap dan berdoa hubby akan cakap, 'sayang tak payah kerjalah, jadi suri rumah sepenuh masa'. Bahagianyaaaaaa rasaaaaaaaa.



In my dreams.


8 comments:

  1. SETUJU SIS!! Klau betul la jodoh saya ngan dia, kalau boleh I pon x nak kerja. takut anak terbiar. Grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. tapi kita org pempuan bole berdoa jela supaya dia lembut hati agar minta kita tak kerja. ahahahaahahh. kebanyakkannya akan suruh keje. heh boring

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. really like your statement. tempat seorang isteri adalah disisi suami. no matter what. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! tapi susa kalau sependapat gitu. huhuuu

      Delete
  3. i pun rase yg sama..tapiiii masalahnya my hubby kerja 2 tempat..kuching n subang. so i xtau mana i patut duduk. tapi kalau dia stay setempat..ke hujung dunia pun i sanggup ikut huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish complicated jugak ni. hehe sebab dua2 tempat tu jauh satu sama lain. u bertabah jela k, sabar banyak2 :)

      Delete
  4. i keje hotel kat perak suami i kat kelate . setahun lebih dah die berulang alik . ikutkan mmg i nak je ikut suami . tapi tentera kann , if i pindah sana pun tetap gak kne tgl sbb die kne operasi or kursus sana sini

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.