Friday, July 26, 2013

My new phase

Syukur Alhamdulillah, selepas almost 4 month berumahtangga, i dan hubby dikurniakan berita gembira yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sempatlah menikmati hidup berdua dalam tempoh 4 bulan sebelum melewati fasa baru ke arah bertiga.

I cuma nak share pada yang dah berumahtangga dan sedang menanti berita gembira seperti ini juga. Semoga dapat memberi manfaat pada kita.

Sebelum i disahkan positive melalui Urine Pregnancy Test (UPT) ni, i banyak cari info (serius banyak) pasal,

'boleh ke detect kehamilan sebelum period due?'
'kalau boleh detect, berapa hari sebelum period due?'

Ada baiknya kita tahu bila kehamilan kita, at least kita akan lebih berjaga jaga. I baca banyak pengalaman mereka yang mencuba untuk hamil dan bagaimana mereka mengetahui berlakunya kehamilan. Macam macam cerita, yang kalau dibandingkan, seriously, lain orang lain cerita dia. Badan kita tak sama. I sendiri tertanya tanya badan i jenis macam mana? Susah detect kehamilan ke? Ke macam mana?

Sebelum due period, i nekad. I nak juga buat urine test dengan harapan miracle happen, bole detect awal (kalau betul i pregnant lah). Dan,

5 days before period due:


Masa mula celup dalam urine, i tunggu sampai 5 minit, then i kecewa sebab negative. Lepas tu i simpan balik dalam kotak dan letak dalam laci (i tak buang, kang hubby i nampak, kantoi la kan) Lepas lama sikit i lepak lepak tengok tv semua, tergerak hati nak check semula. Dalam keadaan yang kurang pencahayaan i nampak ada line kabur kat bahagian T tu. Berlari i kat tingkap, nak tengok bawah cahaya. Walau kat kotak tu kata, jangan baca result lepas 5 minit, pedulik hape. Ada line kot. I mula taruh harapan. Dengan harapan yang menggunung, i google pasal ni. I baca blog orang, forum bagai, semuanya tak menyenangkan hati i. Majority kata lepas 5 minit kalau baca result, itu dikira false positive sebab air kencing tu meruap dan kering maka terhasillah line tersebut. I tetap tak puas hati. I yakin yang masa tu i mengandung. Sebab sebelum sebelum ni, i buat UPT, tak pernah langsung ada line walau line kabur sekalipun.



Disebabkan i betul tak puas hati, i buat UPT guna ClearBlue digital. Orang kata brand CB ni very accurate. Sangat sensitif, boleh detect seawal 4 hari sebelum period due (tapi mahal siot). Mula mula i cadang nak test lagi 4 hari waktu period i sepatutnya datang. Well, mana tahan. I test waktu petang dalam pukul 5 gitu. Orang kata lebih elok test guna first urine lepas bangun tidur sebab masa tu hCG (Human chorionic gonadotropin) paling tinggi. Tapi kan puasa, so air kencing i takda lah cair sebab tak makan tak minum beberapa jam. Masa tu jiwa i memberontak sangat nak buat test ni memandangkan hubby tengah tidur selepas keletihan pulang dari kerja.

I buat dalam toilet (masa tu kat Mess). Terketar ketar tangan i nak celup alat tu dalam urine. Dalam hati, kalau keluar result NOT PREGNANT, confirm i akan kecewa gila dan i akan buang sorok sorok tanpa pengetahuan hubby. Ambil masa jugak lah nak tunggu dia baca keputusan. Kalau positive, i nak buat surprise kat hubby lepas dia bangun tidur nanti.

Alih alih, result keluar PREGNANT. Masa tu i rasa macam terbang di awangan. I jadi gelabah sebab terlalu excited dan i kejut hubby, i tunjuk pregnancy test tu pada dia (tadi konon nak surprise bagai). Hubby i masa tu tengah mamai lepas tu blur tengok amendalah yang i tunjuk kat dia tu. Sebab hubby blur, i cakap "kite mengandung". Hubby dan i senyum lebar sampai ke telinga, dalam hati tak putus putus ucap syukur di atas rezeki yang dikurnia.


Kalau kat kit tu cakap 1-2, means doktor akan anggar kandungan i dalam 3-4 minggu. I akan jumpa doktor selepas dah melewati period due. Doktor pun confirm suruh tunggu dulu. Hubby kata, nanti dia bawa i ke klinik keluarga yang dalam TUDM tu. Excitednyaa.

3 days before period due:


Yup, still kabur tapi jelas kalau tengok betul betul, bukan dalam gambar. Laju je line tu naik lepas i celup dalam urine. I kira, hormon pregnancy i agak tinggi juga, sampai bole detect awal sebelum period due. Setiap orang lain lain, ada yang dah lewat period seminggu pun still UPT tak boleh detect lagi, tapi boleh detect melalui scan atau blood test. Line yang kabur menandakan hCG dalam badan belum banyak lagi. Korang nanti fikir camnilah, asal ada line, even kabur, ada harapan lah tu. Test lagi selepas 2-3 hari.


Semoga Allah SWT melindungi kandungan i dan baby membesar dengan sihat di dalam rahim ini.



9 comments:

  1. Wohoww. Congrats kakak syg! Bestnyaa nk dpt bby. Yeayy, bestnya nk jd aunty. Hehe. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thank you aien.
      your time will come, insyaAllah

      Delete
  2. teringat lak time fira tny2 pasal bersalin time kita buka puasa sama dulu2..huhu...slmt menempuh alam baru!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ah. teringat jugak time tu. hahaha
      thank you fifah! wooo nak jadi mama woo

      Delete
  3. tahniah puan fyra. enjoy your pregnancy moment! :)

    ReplyDelete
  4. wahh. Tahniah fyra. Dah 7bln la kan kalo ikut kiraan. Cx takot sgt nk cek. Tp skrg da lewat period dua hari. Igtkn ptg kang nak beli clear blue terus. Tknk pakai yg biase, tkt kecewa. Hahaha tp clear blue mmg mahal kan. Huhu doakan cx ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal dlm rm20++ jer cb digital tu. dua hari lewat tu insyaallah ada berita gumbira tuu. tp klo tak jgn kecewa ye myb hormon x kuat lagi..test semula after 2 weeks.

      i pray for ya!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.