Wednesday, July 17, 2013

Rajuk si isteri

I ada satu perangai yang i tak suka ada pada diri tapi i kerap lakukan. Iaitu merajuk. I rasa i jahat bila merajuk sebab hubby kena pujuk rayu banyak banyak kali baru i cool down. Kadang tu benda kecik pun nak merajuk sampai hubby tak tahu apa punca. Tapi i belajar satu perkara, kita orang perempuan kalau tak setuju dengan sesuatu, harus bagitahu directly, tak boleh assume dia tahu apa kita mahukan, tak boleh assume yang dia tahu kita merajuk sebab apa. Walau pada diri kita berkata 'takkan tu pun tak boleh agak kita merajuk sebab apa?' Ye, betul mereka tak tahu.

Benda kecik pun nak merajuk contohnya macam hubby pulang kerja, tapi tak pandang kita, tak greet kita, tak terus peluk kita dan benda benda sweet yang kita orang perempuan selalu harap hubby lakukan. Contohnya dia balik kerja, tukar baju terus tengok tv atau terus pergi mandi semua. Pun boleh rasa sedih gila dan dalam hati kata, 'sampai hatikan ignore kita'.

Lepas dah mandi, time dia baru nak buat semua yang kita harap dia buat tadi, perasaan tu terus hilang serta merta. Dalam hati rasa nak jerit kuat kuat, 'too late laaaa dear'. Mulut muncung sampai boleh sangkut hanger, Hubby sentuh, angkat tangan hubby taruk jauh dari kita. Hubby pun terpinga pinga, apa salah dia.

At last bila hubby tanya 'sayang kenapa?' 'sayang kenapa?' kali sejuta baru i cerita sebenarnya macam ni macam tu. I tak puas hati ni i tak puas hati tu. Lepas terpacul je sorry dari mulut hubby, terus senyum lebar gila, dalam hati melonjak suka. Kesian orang laki laki, kadang tu dah minta maaf, salah. Tak minta maaf, lagi lah salah.

Bila dah minta maaf semua (i pun minta maaf juga), boleh ketawa ceria balik macam biasa. Part hubby sabar pujuk tu kadang buatkan i nak mengalirkan air mata. Sabarnya dia.

Rasa macam nak peluk peluk ibu mertua, sebab lahirkan lelaki sempurna yang akan bertahta di hati i selagi hayat ada.


gambar hiasan




8 comments:

  1. best baca blog u...masih mood honeymoon nampaknya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tq. aah baru 4 bulan lebih kawen, mesti mood hanimun lagi. hak3. i love your blog too!

      Delete
  2. Akakkk. Sama la kita. Kuat sgt tacing. Kadang2 bila bgtaw knapa kita merajuk, dia t'gelak2 sbb xmasuk akal langsung katanya. bnda xda apa2 ponn. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aien, itu normal. cuma kita kena control je perasaan tu. kadang2 bole la mengada merajuk benda bukan bukan, tapi jgn selalu tau. semoga hubungan dengan arjuna aien tu berkekalan. amin

      Delete
    2. sama laaaa..kta marah pon boleh plak dy gelak2

      Delete
    3. Tq kakak syg. cepat2 dpt bby tw! nk tgkkk. hehe :D

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.