Saturday, December 3, 2011

Sebab i perempuan.

I paling bengang bila i buat call, then voice mail yang akan jawab. Ataupun bila i call, tak ada orang pick up the phone di sebelah sana. Semalam i tunggu encik buah hati balik supaya kita sama-sama boleh bergayut di phone sebelum tidur (sebab i hanya mahu mendengar suaranya sebelum i tidur). I tahu dia tak suka call lama-lama kalau dia tengah kat luar especially bila bersama teman-teman beliau. Dia suka bila dah baring selesa-selesa kat katil baru cakap dengan i. Semalam tu i excited tunggu panggilan dari dia. Battery handphone dah cas penuh-penuh. I sms dia tak reply. I sms lagi, pun dia tak reply. I call, tak berangkat. I call, call, call dan call sampailah terlena sendiri. Lena dalam keadaan tak seronok. Padanlah tak bermimpi indah semalam.

Pagi-pagi i celik mata, dapat sms sorry dari dia (dia kata dia tertidur gara-gara keletihan). Dapat sms je without any missed call. I bengang lagi. I tak puas hati sebab i rasa dia macam tak ada rasa bersalah. Sekurang-kurangnya buat-buat lah missed call lapan belas kali ke, demi untuk kasi i puas hati.

I cakap kat dia i sakit hati. Dia call, i malas angkat sebab tak rajin. Bila dah rajin, i pick up phone terus marah-marah dia. Dan dia marah-marah i balik. I paling benci part ni. Part bila kena marah (i marah tak apa). I  tak boleh bila i marah, dia tambah-tambahkan marah i lagi. I cuma berharap bila i marah, dia redakan marah i dengan kasih-sayang supaya marah i berubah menjadi kelembutan.

Finally apa yang i harap, berlaku. Dia minta maaf dengan kelembutan. Masa tu i terus sejuk. Dah boleh cakap lembut-lembut balik. I bersyukur sebab dia bukan panas baran, yang suka-suka hati boleh mencarut pada i bila tengah marah. Fuh!

Jujur, i tak suka bila waktu nak dekat period. Emosi berubah-ubah. Kerap rasa nak marah. Suka nak start bergaduh walaupun benda tu kecik gila. Selalu akan rasa kurang kasih-sayang, kurang perhatian dan semua perkara yang negatif. Sumpah tak best.

Korang laki-laki, korang tak rasa, benda ni macam tindakan refleks iaitu gerak balas terhadap rangsangan yang tidak dipelajari yang berlaku secara automatik dan pantas.

Apa yang i merepek?

Sayang, i mohon sorry sebab marah-marah you tadi.

Friday, December 2, 2011

Fyra's diary.

Masa kecil-kecil dulu, masa hingus meleleh lagi i suka tulis diary. Dan salah satu part wajib yang i suka update ialah senarai 'kawan baik' dan 'kawan jahat'. Masa tu muda sangat. Tak matang. Cikgu yang i suka dan benci pun i tulis. Masa tu tak reti nak berboyfriend (bf) tak macam sekarang. Kalau masa sekolah dah ada boyfriend, for sure lah dari kulit muka depan sampai kulit belakang penuh dengan cerita-cerita bf. Masa tu comot. Tak cantik, (macamlah sekarang cantik). Sebab tu tak ada bf. 

Sebelum ada bf, lepas dah dewasa sikit, i tulis dalam diary i ciri-ciri bf yang i idamkan. Dan bila dah ada bf, list tu dah melayang entah ke mana (dihembus sang bayu barangkali). Mujur ciri-ciri yang i idamkan itu ada pada beliau (tiba-tiba rindulah pulak pada abang beruniform biru, ah demm).

Sekarang, i dah tak boleh lagi tulis diary macam dulu. Sebab lepas i dah tulis panjang-panjang penuh satu muka, i baca balik lantas i akan koyak dan peronyokkan lalu campak ke dalam tong sampah.

I tak akan tulis diary lagi.




Monday, November 7, 2011

Jumpa ponnnn.

Selepas dua bulan lebih sikit tak jumpa buah hati i gara-gara beliau berposting jauh, i bersua jugak dengan dia finally. Itupun sebab dia ada interview kat Mindef (Kementerian Pertahanan). So dua November dia dah boleh ke KL dan we met 3 hari berturut-turut! Urgh rindu gila.

Masa jumpa, i kasi list tuntutan pada dia. Semua list tu adalah janji-janji manis beliau untuk ditunaikan bila bersua . List yang i tulis tu siap ada kotak kecil belah kanan untuk di tick.

First and foremost, i tuntut birthday present tertunda i. I tak tahu dia nak kasi apa. Suspen juga tapi i malas nak tanya.  Masa pergi jalan kat KL Festival City Mall, tiba-tiba dia ajak masuk kedai jam. I pelik, dia kata tak suka pakai jam tapi beria-ia ajak masuk kedai jam. I pun layan.

Rupanya dia nak i pilih sendiri jam yang i nak! Ohh you're so sweet, honey.


I pilih Elle Studio je sebab i suka yang simple dan kecil (dan tak mahal sangat maybe). Next birthday bawak pilih handphone pulak kayyy. Dapat HTC pun cun jugak. Ke Samsung Galaxy ke. K k tak tak.

List-list lain yang ada banyak tu i tertinggalkan dalam kereta dia sebab ada beberapa lagi yang belum tertunai contoh macam makan durian sama-sama dan cari cincin. Eh.

It was sweet. Very. Really.

Saturday, November 5, 2011

Hari jadi ke 15 tambah 10.

Jujur cakap, last birthday adalah yang terbaik bagi i. I bukan jenis yang every year punya birthday pun mesti surprise, sambutan hangat dan ada kek. Tak. Sebab i tak kisah. Sambut birthday kawan-kawan selalu la, tapi birthday sendiri tak pernah berkesempatan. But 16 Oktober lepas bff i buat sambutan hari jadi untuk i. Itupun selepas i paksa beberapa bulan sebelum (kata tak kisah tapi paksa, apa kes?).

Itu sebab boyfriend jauh. Kalau tak, i paksa beliau je sambut hari jadi i. I akan mintak bunga, kek dengan hadiah. Walaupun beliau jauh, dia pos hadiah untuk i. Dia kasi i katak montel yang boleh dipeluk-peluk. Dan dia kata itu hadiah tipu-tipu je. Hadiah betul-betul bila jumpa nanti (dalam hati, besnya dapat dua!). Hadiah yang i terima dari pos laju dijamin sampai besok tu terus i buka dengan rakusnya dan kelihatanlah kad comel yang di sampulnya berbunyi:

Kepada: Fyra
Daripada: Orang jahat. 

(orang jahat? sabar jelahhhh)

Dan malam sebelum pukul 12 sebelum i masuk umur 25, we all ramai-ramai pergi makan kat Satay Station. Best sebab orang belanja walaupun secucuk seringgit. I makan satay paling banyak malam itu.




Hai rindunyeeeee lah kat korang kawan-kawan seUiTM. Tiga tahun yang terindah buat i. Dalam ramai-ramai dekat gambar nombor satu dan dua ni siapa yang akan kawen dulu? 


I harap i dulu. Ok ok i blah. 

Lepas kenyang melantak kat Satay Station, we all pergi Look Out Point kat Bukit Ampang. Ramai betul yang sambut hari jadi sama tarikh dengan i. Diorang ada kek. Dalam hati i, besnya kalau dapat kek. I tengok member-member i semua buat tak tau je, takde keluar kek sorok-sorok dari kereta pun. Ohh malam tu memang i perasan. Alih-alih lepas tu lepak kat Bukit Permai je. I sedar-sedar je diorang dah hidang makanan.  Pizza tiga pan yang large. Junk food sikit, ada air twister. Dalam hati i kembali berbunga-bunga walaupun tadi sedikit hampa sebab takde kek. Heh poyo!

Pastu Fida pun pura-pura tanya, "takpe ke takde kek awak?" i pun dengan muka konon-konon terharu , jawab, "eh tak kisahhh ler, ni pun dah best". (poyo kuasa dua pulak sebab padahal dia nak kek).

Tak lama pastu dari kejauhan i nampak Fida tatang kek dengan dua batang lilin yang menandakan umur i dua tahun. I pun terkejut badak la sekejap sebab ni first time i dapat kek (kasihan kannnn). 

Dan sepanjang malam tu i begitu excited dan sangat berterima kasih kat diorang semua: 






Thanks bff ! 




Sunday, September 11, 2011

Merindukan mu.

Lain la i rasa sekarang lepas raya ni. Lain dowh! Sebelum ni excited menghitung hari untuk berjumpa buah hati. Tapi sekarang i rasa mungkin tahun depan baru i dapat jumpa dia (tahun depan? OMG lamanyaaaa).

Takpela coz i kira itu pengorbanan i buat dia. Dan i selalu sedapkan hati i, biarlah jauh-jauh dulu, kang lepas ni dekat-dekat sangat pulak (dekat-dekat sangat tu bermaksud, i celik-celik mata dia ada sebelah i, nak tidur pun dia ada sebelah i). Ouch!

Since dia dah posting ke Kelantan ni, macam biasa la, dia ada orientasi juga. Tapi i suka lagi bahasakan bahawa mereka kena dera (jahatlah diorang ni, dera sayang i). I sms banyak-banyak pun, dia tak dapat nak reply. Tapi kalau sekali dia reply, seronoknyaaaaaa. I baca sms tu ulang-ulang. Pastu senyum sorang-sorang.

Sekarang ni, i kerap berhujung minggu di rumah. Selalu di rumah sorang-sorang akibat malas mengikuti mama ke mana-mana. Lepak atas katil sambil peluk penyu (yang dia kasi), layan perasaan, dengar muzik jiwang dan pejam mata sambil visualized dia kat fikiran.

Pun dah cukup indah buat i.

Please pulang cepat, kapt Muhd Hussairi coz i miss you a lot. A lot tau. Banyakkkkkk.

Wednesday, August 24, 2011

Berjauhan lagi.

I tak sedap hati. Sebab dalam masa beberapa hari lagi buah hati i akan meninggalkan Kuantan dan berhijrah ke Kelantan gara-gara berposting ke sana.

Dan hari-hari minggu i lepas ni, akan tak lagi bermakna.

*kesat air mata




Tuesday, August 16, 2011

Apa ada pada kad.

I baru first time dapat kad ucapan dari boyfriend i walaupun i rasa hampir selori kad ucapan yang i kasi pada dia terutama masa kitorang berjauhan waktu mula-mula bercinta dulu. Seronok tau main pos-pos ni sebab i akan excited tunggu reaksi dia bila terima kad dari i. Dan yang istimewanya kad-kad itu i bikin sendiri. I faham, dalam hal-hal macam ni biasanya girls yang akan monopoli; kasi hadiah, kasi kad ucapan, ingat tarikh-tarikh penting. Boys selalunya jarang ambil port sebab mereka ada banyak lagi benda-benda penting yang harus diingat. I tak tahu pasal apa, tapi kalau pasal masa depan kami, aww i sukaaa!

Kad yang i terima ni dikirimkan oleh dia dan disampaikan oleh pos laju dijamin sampai besok. Teruja gila bila posmen serahkan kat tangan i sampai menggigil-gigil nak bukak. Ahaks. Comel je kad dia tapi sangat bermakna pada i. Kad dah cantik tapi...


..tulisan dia tak berapa nak cantik. Haha.


I bagitahu dia, tulisan sayang tak cantik. Dan dia jawab 'ala tulis dalam kereta and nak cepat, memang lahh'. Sebab dia lelaki, so i tak kisah tulisan cantik atau tidak. Sebab kalau i sendiri, apa yang i kasi pada dia, adalah yang paling cantik dan perfect. Itu prinsip i.

Lepas dah baca sekali, i baca lagi untuk kali kedua, ketiga, keempat belas dan kedua puluh satu. Kemudia i selit kad tu bawah bantal i, senang nak baca lagi untuk kesekian kalinya. Maklumlah, teruja sangat.

Dan yang terbaru, i sedang mencari-cari idea untuk hasilkan kad raya istimewa buat dia yang jauh di mata.

Sayang tunggu ya!

Tuesday, July 26, 2011

Senyum sampai telinga.

Ahhhh ahhh i sangat teruja sebab i akan berjumpa dengan buah hati i jumaat sabtu ahad ni. Macam biasa lah, i akan cakap dah sepuluh tahun tak jumpa dia. Konon rindu sesangat sangat lah. Dia gelak je. Macam ni lah bila bercinta jarak jauh. Jarang-jarang dapat jumpa. Bila tak jumpa, rindu membara-bara. Ewah!

I sebenarnya kagum dengan diri i sendiri sebab 'boleh pun rupanya bercinta jauh-jauh'. Dulu i ingat i tak boleh. Awal-awal percintaan i dengan dia lagi i dah berjauhan dengan dia. Dan bila i ulang cakap "hmm jauhhhh dengan sayang.." pada dia, dia mesti akan balas "Ala, lepas ni kita kahwin dah tak jauh-jauh dah kan, dekat-dekat pulak kann". Baru lah i lega.

Kadang bila i cari gaduh, bila i rasa i nak menang juga, i akan remind dia; "berjauhan dengan sayang ni, kite kira pengorbanan kite buat sayang tau".

Sebab i berjauhan dan i setia. Mungkin pada gadis lain, bila bercinta jauh-jauh itulah tiket untuk cuba-cuba curang atau test market dengan orang lain. Tapi jujur, sepanjang hidup i ini kali pertama i betul punya setia tahap maksima. But, mungkin akan berubah dari masa ke semasa bila orang yang i setia tu tak setia pada i.

That's why, awal-awal i bagitahu pasangan i kalau nak buat sesuatu yang tak best belakang i, go ahead. Jangan kantoi sudah. Sebab bila dah kantoi, takkan ada peluang kedua dah. Memang, suspicious sentiasa ada   dan benda ni yang selalu jadi punca pergaduhan i dengan dia. Lastly i kena marah sebab asyik-asyik fikir negatif. Ala, sukahati kite lah. Sayang sibuk je.

Sekarang, i nak penuhkan kotak fikiran i dengan wajah dia, fikir nak pakai baju apa untuk jumaat sabtu dan ahad ni, teruja nak beli petai dua ikat kat pasar malam hari rabu ni and i'm gonna make sambal petai udang to my lovely baby, muhd hussairi.

Mm dap! dap!


Friday, July 1, 2011

Selamat tinggal.

Tak akan menulis lagi..
sehinggalah aku rasa mahu menulis kembali.

Tuesday, June 21, 2011

Upset.

Aku tak suka bila orang yang aku sayang berada jauh dengan aku. Kerana aku tahu, aku tak berada dalam fikiran dia sepanjang masa, dan he will give his attention to someone else dan dapat attention dari orang lain. It feels like you're the lowest level and kalau kau takda pun dalam hidup dia, he'll survive without even thinking about u.

Sebab when i say i love you, means aku betul-betul cinta. Dan aku tak boleh tahan tengok orang yang aku sayang dari jauh but i can't hold him in my arms. Dan aku juga tak boleh tahan having this feeling yang dia tak fikirkan aku di saat aku tengah betul rindukan dia.

*nangis

And the worst part when i start to feel that i'm the second priority bila ada yang lebih priority dari aku pada dia. I cannot stand thinking yang dia tak kisah pasal aku, dan boleh go on dengan hidup dia tanpa aku.

Tapi jujur, walau apapun yang aku rasa, aku cuma mahu dia happy dan bahagia dengan cara dia. *sigh.

Tuesday, June 14, 2011

Kenapa ha?

Kenapa LELAKI,
Bila dia berada di dalam zon selesa,
maksudnya bila dia punyai seorang kekasih,
yang sangat-sangat mencintai dia,

dia akan mulai,

take for granted hubungan.
Kerja dia jadi priority, girlfriend jadi second priority
Mula cuba-cuba nak playing around with other girls
Perasan yang saham dia tinggi; 'walaupun gua dah ada awek, gua masih laku derrr'

Kenapa?

Mungkin sebab dia tahu yang kekasih dia sayang gila vavi kat dia. So dia tak risau. Sebab dia berada di zon selesa.

Ya, zon selesa.

Kenapa ya?

Thanks fida, sebab menimbulkan isu ini dan ia buat kite terfikir, a'ahh la, memang betul.

Kenapa lelaki?

A very big question mark dalam kepala.

Sebab kalau perempuan,

'Whatever you give a women, she will make GREATER' Sama juga macam kau sayang gila vavi kat dia, dia akan sayang kau lapan belas kali lapan lebih dari kau sayang dia. She multiplies and enlarge what is given to her.

So, FIKIR.


Monday, June 13, 2011

Jangan hilang.

Mata tak mahu pejam-pejam. Lepas dah sms boyfriend, 'sayang, selamat malam', dan dia tak reply (mungkin dah tidur) i terfikir satu perkara. Dan satu perkara itu adalah tentang perhubungan i dengan kekasih i. Tiba-tiba i rasa takut.

Memang. Memang i takut akan kehilangan. Permulaan kehilangan memang perit. Tapi bak kata Leona Lewis, 'Better in Time' kan. Kadang i curi pandang muka kekasih i, lantas terdetik dalam hati, 'berjodohankah aku dengan kau, sayang?'. Masa tu juga hati i menangis, sebab i tak tahu apa akan jadi pada i kalau i kehilangan dia.

Tapi kena fikir juga, kehilangan atas dasar apa.

Orang ketiga? (bullshit)
Kematian?
Ketidakserasian?
Ketidakberjodohan?

Masa dia hantar i pulang tadi siang, kita sempat borak pendek pasal jodoh. Sebab ada kawan dia yang pernah bercinta, pernah putus (dengan orang yang sama), sambung kembali hubungan yang terputus, lantas mendirikan rumahtangga. Memang bila dah kahwin, alhamdulillah berjodohan jugak. Tapi part putus tu? Sumpah mesti perit tak ingat punya.

I pun kasi contoh pada dia, abang i sendiri bercinta dengan kakak ipar i masa sekolah, sambung bercinta sampai universiti, tapi masa dah kerja, mereka putus seketika, dan bila sambung semula, kahwin. Dah ada baby comel sorang pun sekarang.

I tak tahu kenapa masa tu perut i kecut dan i bersuara, 'kite tak nak ada part putus-putus. Kite nak bercinta dan terus kahwin dengan sayang. Sebab bila dah putus, tak kan boleh sambung-sambung semula'.

Dan i tak ingat dia balas apa tapi apa yang keluar dari mulut dia, buat i lega.

Seriously, he's really cool. Bila i panas, dia sejukkan. Semua kata-kata yang keluar dari mulut dia, buat i bahagia, buat i lega dan buat i ceria.

Mungkin sebab tu i tak boleh kehilangan dia. Sebab i mahukan lelaki sebegini untuk bimbing i, dan untuk jadi ayah kepada anak-anak i.

Tiba-tiba teringat kata-kata Adam dituju buat Nur Aminah,

"Ambillah apa saja, kecuali dia...kecuali dia."

Sunday, June 12, 2011

Konsep bertunang zaman sekarang.



Aku sebenarnya konfius dengan konsep bertunang zaman sekarang. Makin advance kan. Kalau dulu-dulu, majlis bertunang si teruna tak masuk rumah si gadis. Sekarang, si teruna siap datang pakai baju melayu satu set, bersongkok, bersampin lagi. Opss ada yang sedondon pulak tu. Nak maju lagi bila ayah si gadis pun turut sarungkan cincin kat jari si teruna. Benda ni berlegar-legar kat minda aku bila tengok gambar tunang kawan-kawan dalam facebook. Dan sesungguhnya, aku masih mencari konklusi.

Perlu ke macam tu? Tak nampak pelik ke?
Pastu hati kecil pun sibuk bersuara, "dulu lain, sekarang lain".

Kadang aku tengok meriah dia macam majlis nak bernikah. Kalau akad tu, dah sah jadi suami isteri. Haii, jimat kos. Tapi sekarang, kadang sampai boleh kasi orang lain konfius. Ni majlis nikah ke majlis tunang? Siap tempah pelamin bagai, hias bilik tidur macam malam tu malam pertama. Opss, malam pertama? Mak suka nyahh.

Dan bila fikir-fikir balik dengan akal yang rasional, sebenarnya benda ni terpulang. Itu majlis mereka, bukan majlis kau. Nak argue pasal benda ni pun tak guna. So, ikut suka hati, ikut bajet dan ikut penerimaan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.  

Tapi jujur, kalau aku yang akan bertunang nanti (tak tahu bila), aku sangat sangat sangat mahu meminimumkan bajet. Bukan kedekut, tapi tak mahu membazir. Kalau bakal tunang aku tu nak datang hari tu, pakai baju melayu bersampin bagai, aku tak kasi dia datang. Aku suruh dia balik tukar pakai kemeja atau t-shirt berkolar aje. Kalau bapak aku pun nak main sarung-sarung cincin gak kat jari tunang aku tu, takpe terima kasih, tak payahhhh.

Bilik-bilik pun tak payah. Pelamin pun tak perlu. Sarung cincin kat ruang tamu je (mungkin masa tu aku duduk bersimpuh atas bantal empat segi besar yang empuk aje. Kang kebas pulak kaki aku duduk atas karpet).  Hias ruang tamu lawa-lawa cukup la. Taruk belon ke, mercun ke. Ok, gurau.

Pastu..pastu aku nak pakai putih je semua. Putih tu suci kan. Aku suka gadis yang pakai semua putih bila dia jadi watak utama dalam majlis-majlis macam tu. Bila lah dapat jadi watak utama ni? Haihh..

Kejap..kejap. Ada sikit lagi nak berangan.

Tetamu pun adik-beradik dan sanak saudara terdekat, jiran belah kiri dan kanan je. Abah aku tu kalau boleh sanak-saudara terjauh pun kalau boleh dia nak jemput. No no no. Yang jauh-jauh tunggu kenduri aje. Boleh abah?

Ok, berangan dah sudah. Sekarang,

Sayang, bila nak melamar kite? *tersipu-sipu malu, tutup muka dengan bantal.

Call me! Bye.

Wednesday, June 1, 2011

1 year anniversary.



Thank you for loving me
The way that you do
Thank you for everything
Sweetheart, I love you.





Saturday, May 28, 2011

Senyum.

Sepanjang i berbelog, i tak pernah story pasal masalah dalam perhubungan i. Tak habis-habis i cerita pasal indahnya percintaan i dan kerap menggambarkan betapa bertuahnya i menjalinkan hubungan dengan dia. Semua serba indah. I puji pasangan i melambung-lambung.

Tapi bila i tengah sedih, kecewa, sakit hati, jiwa i sebenarnya meronta-ronta nak luahkan pada blog sebab konon hanya dia yang faham jiwa i saat tu. Tapi, baru i nak bina ayat, terus tak jadi. Baru i tersedar, sini bukan medium dia untuk i jaja cerita tak best pasal pasangan i, pasal hubungan kami. Sebab masa perasaan tengah tak best, dalam kepala otak kau semua pun negatif. Semua pun tak rasional.

Dan secara jujurnya, i teringin nak berada di tempat boyfriend i sekarang.  Di mana kekasih dia kerap menceritakan tentang kisah indah cinta mereka tanpa cacat cela.

Macam mana rasanya ya?

Wednesday, May 25, 2011

Kesayangan hamba.





" Happy Anniversary in advance sayang. 
Can i stop the world and melts with you? "






Saturday, May 21, 2011

Finally we did it.

16 May 2011

Pre convocation photo shoot  by KameraMin :





18 May 2011


Rasa lega gila bila dah berjaya naik stage terima scrool degree dengan penuh kembang kempisnya. Tapi i kecewa dengan gambar i atas stage. Senyum macam tak ikhlas. Baru ingat nanti kawen, boleh gantung frame atas stage kat dinding rumah kami suami isteri. Ahaha. Tak kisah la sebab i dah pun tersangat-sangat happy dengan kehadiran insan yang i cintai pada hari bersejarah i (geli je guna bersejarah).


Haa, nasib baik sampai jugak. Kalau tak sampai jugak mesti i dah kurung diri dalam bilik, off handphone, tak mau makan, tak mahu mandi (macam tipu je tang tak mau makan tu).



Dalam dewan, tunggu giliran. Serius bosan. Punggung pun naik kebas. Time ni i rasa nak je duduk bersila sambil makan keropok. Nasib baik kamera merata-rata takut dia zoom pada i sebab bertindak kurang sopan.

Lepas tu kita pergi jalan-jalan pantai..

Sayang tulis.

i tulis.

And, before balik KL, singgah makan sini. Thanks babyyy. 
The food was awesome dan tempat dia sangat romantikkk! 

End of the day. 

Tuesday, May 17, 2011

Sebelum konvo.


Semua muka excited nak konvo. Inilah kelas terbaik paling terbaik pernah i masuk. Love korang! 


And..last but not least, my bestfriend yang paling i sayang sepanjang 3 tahun di Uitm. Yang banyak nasihatkan i bila i nakal, yang sentiasa kasi i dorongan bila i down down down. Yang care pasal i bila i demam. Yang selalu marah i bila i asyik nak ponteng kuliah dan malas buat assignment. Yang selalu warning i bila i asyik shopping tak ingat dunia tiap kali scholarship masuk. Yang hulurkan pertolongan bila poket i sesak. Yang selalu bancuhkan coffee untuk stay up sama-sama bila exam. Yang sudi tumpangkan bilik dia bila i jadi pendatang asing tanpa izin kat kolej melati.

Yang...yangggg...ah banyaklah! sambung tahun depan pulak. I lap you! Semoga berbahagia bersama Rushdan. Serius, i love you.

Saturday, May 14, 2011

Lihatlah dunia.

Terus-terang, i tak arif pasal berblogging. Isu-isu yang menimpa para bloggers pun i tak ambik port. Sebab i cuma minat ambik port pasal resipi-resipi dan sedikit kisah kehidupan kawan-kawan i.

Tapi perasan tak, dengan berblogging pun kau boleh jadi popular, selain rakam gambar kau tengah nyanyi sambil main gitar dan upload dalam youtube. Cuma dalam berblogging kau boleh pilih untuk dedahkan identiti kau atau tak. I prefer lagi kalau kau popular dengan penulisan kau yang super power tanpa perlu mempublisitikan kecantikkan kau semata-mata nak pikat readers. Tapi kau boleh extra-extra popular kalau penulisan kau best dan kau CANTIK. Kau tulis dua tiga patah ayat je, tapi gambar kau, berkeping-keping kau upload (dalam pelbagai posing), yang kalau ada guys tengok, diorang terus rasa nak masuk meminang kau, sekelip mata je dah boleh cecah beribu-riban follower. Kau cerita pasal lupa kasi kucing makan pagi tadi pun, berpuluh-puluh orang komen. Tapi bukan komen pasal kucing, tapi komen "eh cantiklah awak ni", "suka tengok awak" ataupun "indahnya ciptaan Tuhan".

I sendiri pun suka tengok blog orang-orang cantik ni. Bukan sebab blog mereka cantik, tapi tuan punya blog yang cantik. Pastu bila tengok, self-esteem mulalah rendah sebab diorang cantik sangat! Tak tahulah teknik photoshop, atau diorang memang dilahirkan cantik gila (kalau tak cantik, tapi mengedit je lebih rajin lah pulak kan). Lepas tu tengok pulak follower dia, mai aihhh, cecah berpuluh ribu. Kagum kagummm.

Mungkin ada yang tak tahu (i pun baru tahu), di sebalik glamournya mereka di dunia blogging ni, ramai yang dengki dan anonymous (anon) ni akan komen kat posting mereka yang buat mereka sakit hati. Mungkin jugak tru chat box mereka. Contohnya komen berbaur dengki tu lebih kurang macam ni:

"Simpanlah kecantikkan untuk suami kau nanti. Tak payah tayang-tayang kat orang" ataupun, "Kau duk tayang sangat cantik kau ni, kena simbah asid baru tahu" (ayat ni memang tak bole blah)
"Kau ingat kau cantik sangat ke?"

I percaya, anon yang bertindak camni mesti kurang cantik dan cemburu bila ramai orang memuji-muji orang yang dia cemburui itu. Kalau tak, tak kan komen cenggitu kan. Anon ni memang akan target owner blog yang cantik yang banyak taruk gambar cantik dia untuk tontotan umum sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Pastuuu.. Pastuuu kannnn...

yang tuan punye blog yang ada anon dengki pun mula menyinga dan buat entry:

"Hey ni blog aku la, sukahati aku lah nak post apa pun...bla..bla..bla.....sampai lapan belas perenggan (ni kalau yang emo) atau, "Kau duk kutuk-kutuk aku macam ni, takde efek pun. Follower aku ramai jugak. Haha"

Bagi i, ini bahaya. Sebab anon ni jenis manusia psycho. Dia sorok identiti dia, takde orang boleh kesan guna gps ataupun google maps.

Kesimpulan yang i dapat, low profile jugak yang terbaik instead of pergi blog orang lain yang tak kenal,

"Hai. Nice blog. I dah follow you. You follow i balik ye".

Excited gila.


Ohh saya sangat teruja untuk memakai baju baru, kasut baru dan berkonvo di dewan baru!

Dewan Agong Tuanku Canselor,

We're coming!!

Hugs,
All of us.

Thursday, May 12, 2011

Jealousy.

Baru lepas baca belog-belog mereka yang bakal jadi pengantin tak lama lagi. Satu je yang i nak cakap. I cemburuuuu! Walau cemburu tapi i suka. Banyak sangat belog bride to be yang i follow, selain dari belog pasal masakan dan resipi. Bila i baca, i cuba selami perasaan mereka yang menghitung hari menanti hari bahagia mereka. I suka baca dari kisah diorang bertunang, nikah sampailah bakal jadi mummy. Seronok weh! I tumpang bahagia walaupun i tak kenal mereka.

Bukan baca kosong, tapi  i cuba ambil inspirasi walaupun i tak tahu bila i nak start cerita pasal semua tu dalam belog i. I malas nak kongsi angan-angan tu sekarang selagi belum ada tanda-tanda lampu hijau dari boyfriend i.

I ada cerita kat boyfriend yang i cemburu, ada officemate i yang dah bertunang, hari-hari pun tunang dia hantar pergi kerja,  jemput balik kerja. Terus terang i cakap pada dia, i pun nak macam tu. Tapi i tak nak boyfriend atau tunang i yang buat macam tu, i nak husband i yang buat macam tu. I tahu dia faham apa yang i cuba sampaikan.

Pulak sekarang ni, boyfriend i cakap dia tak tahu lagi akan dihantar posting kat mana. Mungkin Kuantan, KL atau Labuan base. Awal-awal i cakap i tak nak dia pergi Labuan tanpa i. Kalau dia dihantar posting kat sana, kena nikah dengan i dan bawak i pergi sana juga. Bila masuk bab kalau nak berjauhan-berjauhan macam ni, i mulalah nak sedih. I tak suka bila dia cakap pasal ni (walaupun dia cakap kat Labuan nanti gaji masyukkkk dan boleh kumpul duit dan cepat-cepat masuk meminang i). I tetap tak nak dengar dari dia lagi pasal ni.

Ohh satu belog yang sangat i sangat suka. Serius cool. Klik sini (saja ubah topik).

Bye.

Friday, May 6, 2011

Woi, nak konvo da woi.

So seronok sebab persiapan untuk konvo dah 90% done. Baju kurung dah beli semalam. Semua bil yang belum settle, dah settle. Segala macam yang patut diprint, sudah diprint (print kat ofis, jimat!). Cuti, bulan lepas lagi dah apply. Cuma kasut je, kasut bertutup so far yang i survey semua tak cun. Pastu tumit dia, tak tinggi macam yang i nak. I nak yang tumit tinggiiiiii. Nanti nak bergambar sebelah boyfriend i, baru lah bagai pinang di belah lapan belas.

Dan sesungguhnya, i sangat mengharapkan kedatangan boyfriend i di hari konvokesyen i nanti. I dah tak kisah. Kalau sebelum ni i paksa dia bawak hadiah banyak-banyak dan besar-besar, sekarang, dia adalah hadiah yang besar dan bermakna bagi i. Ye, betul. Cukup besarrr dan valuable sekali.

So, i akan bercuti panjangggg dari sabtu, ahad, isnin, selasa dan rabu. Khamis masuk kerja balik. Ah bosan!

Sayang, i'll see you on 18th May!! *mood: bunga bunga cinta.

Tuesday, May 3, 2011

Nak kahwin.

I tak tahulah, lately ni jiwa i sering meronta-ronta untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga. And i pun keep on ulang cakap 'sayang jom kahwin, sayang cepatlah masuk meminang'. Mungkin sebab i rasa diri i dah tua walaupun i ni nampak muda dari usia. I tak boleh la, bila dah jumpa pastu duduk jauh-jauh balik. I mulalah cepat emo. Sikit-sikit nak nangis (alamak, kantoi). Bila rindu gila mulalah terbayang-bayang dia kat tubir mata. Pastu tap tap air mata jatuh. Bantal pun basah, jadi peta asia tenggara. Lepas dah jumpa, sehari dua tu memang over sikit rindu i pada dia. Dan bila tengah rindu gila, dapat call dari dia, dengar suara dia, dada mulalah konon-konon sebak. Memang betul-betul punya mahakarya cinta. Terima kasih air mata, sebab selalu jadi peneman setia.

Waktu i cakap 'besnya kalau dapat kahwin ngan sayang', dia jawab 'apa pulak kalau-kalau, memang kena kahwin ngan kite pun'. Tipulah kalau i cakap hati i tak berbunga-bunga! Dan so comel bila dia kata tengah kumpul duit untuk kahwin dalam tabung (walaupun i cakap i akan curi tabung dia untuk i beli blackberry). Tu pun dari botol minuman jadikan tabung. Alahai kesian. Nanti kite berusaha jugak pergi cari tabung Liverpool dan hadiahkan pada awak okey!

Thursday, April 21, 2011

Jangan down.

I percaya, apa saja yang kita buat mesti dimotivasikan. Walaupun i bukan penggemar buku motivasi tapi i harus selalu dimotivasikan. Sebelum dimotivasikan, kita harus ada target. Macam i, nak sangat-sangat beli kereta (Myvi je pun), i set target tu dalam kepala i kemas-kemas, i tanam niat dalam hati untuk kerja rajin-rajin untuk i beli Myvi. Kalau boleh, depan PC kat office tu, i nak taruk gambar Myvi. tapi bila fikir-fikir balik, daripada i taruk gambar Myvi, baik i taruk gambar boyfriend i. Dan bila difikir-fikir balik jugak, demi mengelakkan daripada i nampak kemaruk bercinta di kalangan rakan-rakan sepejabat, cukuplah sekadar simpan dalam purse gambar hero i tu.

Sebelum nak tido pun, dan sebelum berangkat ke pejabat i akan buka purse i, semata-mata untuk i dapatkan motivasi. I tengok gambar passport dia dengan i sebelah-sebelah kat purse, pun dah rasa macam dia ada di samping i. Dah cukup untuk beri motivasi pada i.

Tu baru macam tu. Kalau dia ada depan-depan, haih lagi lahhhhhhh i bersemangat!

Friday, April 15, 2011

Bila malu.

I seorang pemalu. I akan jadi sangat malu bila ada bila ada orang mula kata apa-apa yang best pasal diri i. Tak kisah la dari segi apa pun. Sebab i tak tahu macam mana nak terima pujian walau jauh di sudut hati i, i senang terima pujian. I akan jadi panas punggung dan berharap agar masa itu cepat berlalu. Dan masuk bakul angkat sendiri tu memang bukan diri i. Melainkan dengan boyfriend, i akan paksa dia untuk puji i dan membangga-banggakkan diri i depan dia (haha padan muka sayang). That is not include lah kan. Tapi orang lain selain boyfriend dan teman-teman rapat, i tak boleh terima pujian. I akan rasa sangat malu.

Dan bila i menjadi sangat malu, i will do anything to cover my face. Tutup muka dengan buku, sorok diri belakang orang, pandang muka tempat lain atau senyum sampai pipi merah.

Serius, i pemalu.

Wednesday, April 13, 2011

Macam mana lah i tak sayang youuu.

Semalam masa nak tido i merajuk dengan boyfriend. I tak tahu kenapa i mudah cemburu kalau dia bersama kawan-kawan dunia akhirat dia. Bukan i cemburu buta. I cemburu sebab i rasa macam bila dia sedang bersama teman dia, i jatuh nombor last. Kawan-kawan nombor first.

Semalam tu i dah cakap sebelum i tido, i nak dengar suara dia, i nak bergayut kat telefon dengan dia. Boleh pulak dia cakap, "Sayang tido dulu, kite balik nanti kite tepon sayang ye".

I terus hangin tiba-tiba sebab i rasa macam bila dia dengan kawan-kawan, i tak boleh ganggu. Then dengan penuh rasa geram i sms dia "Takpelah, kite tido dulu. Tak payah call. Call je lagi dua hari".  Terus tekan button send terus campak handphone bawah bantal.

Tak sampai satu minit (tipulah satu minit, dua minit laa), dia call. Dia cakap "Dah dua hari dah ni".

I nak tergelak tapi sebab masih merajuk punya pasal, i senyap. Lepas dia asyik cakap sorang-sorang, baru i luahkan apa yang kononnya terbuku sangat kat jiwa ni. Dan dia jawab, "Lah, kenapa pulak mesti ada nombor-nombor ni, sayang nombor satu lah. Dah dah jangan nangis."

Tau je dia i nangis!

Sunday, April 10, 2011

Kelakar lah!

Rasa nak tergelak bila tengok ada sorang mamat ni yang baru break dengan awek dia, dengan pantas upload gambar awek lain kat facebook dia. Konon-konon nak bagitahu semua orang lah yang dia ada awek baru, bukan lagi in a relationship dengan Maya Karin (bukan nama sebenar) kat facebook dia tu. I mungkin tak kenal dia (memang tak kenal pun), tapi i dapat hidu something yang memang ada problem dalam hubungan dia sebelum ni. Maya Karin (bukan nama sebenar) tu pun jadi friend i kat facebook gak. So setiap wallpost Maya Karin tu mesti la i dapat baca kan. Dalam sehari ada lah 4-5 wallpost berbaur cinta kat balak dia, tapi satu pun balak dia tak respon, apatah lagi nak 'like this'. Kalau i la post something kat boyfriend i, kalau dia tak respon, jangan harap la i tak merajuk (maksudnya i akan merajuk la). Mujurlah boyfriend i SANGAT memahami.

 I ingat lagi, i yang add Maya Karin tu, selang berapa hari, balak dia tu add i. Sibuk nak add ym i. Mula-mula i hormati la jugak memandangkan lebih tua dari i. Tapi bila mula masuk bab nak ajak keluar makan, macam celaka ntahapehape kan? (cop cop, masa ni i single lagi). Ketidakjujuran dia terang-terang lagi bersuluh nampak. Lepas tu kawan-kawan i yang agak comel, tup-tup ada dalam friend list dia. Spesis jantan macam ni i tak tahu lah nak describe kan macam mana. Dah masalah rumahtangga orang, i malas masuk campur.

So sekarang bila Maya Karin tu dah putus dengan balak dia, i pulak jadi lega. Sebab dia deserve dapat guy yang lebih baik dari sebelumnya. Kita tengok lah berapa lama pulak dia (mamat tu) dapat bertahan dengan awek baru dia kalau dia masih lagi dengan perangai celaka dia.

p/s: I tak tahu kenapa i emo sangat kalau bab-bab dipermainkan macam ni. Oh i hate 3rd person!

Saturday, April 9, 2011

I want my boyfriend on my convocation.

Seronoknye bila dah tau tarikh konvo! Tapi bila dah tau, buat i rasa tak seronok juga sebab ia jatuh pada hari Rabu. Hari Rabu ada ke orang nak datang raikan i? I nak bagitahu boyfriend pun macam sedih je, berat hati je i sms dia.

"Konvo kite 18hb, hari Rabu. Mesti sayang tak datang kan?", I siap letak emoticon nanges.

I tak kira, dia mesti kena datang juga. Lambat pun takpe, asalkan datang. Macam tu i cakap kat dia. Kalau dia tak datang, nanti i tak dapat bunga besar. Ye! dia dah janji nak kasi i bunga besar. Bunga Refflesia.

Haa..tak tahu. Siapa suruh pernah janji dengan i macam tu.

Sunday, March 27, 2011

Takde idea untuk title.

This weekend will be the best weekend for me, sebab dah plan nak ajak (dan belanja) buah hati pergi makan tanpa batasan. Suka tengok dia bila berselera makan sebab lepas tu i akan ketawakan perut dia yang semakin maju ke hadapan. Dia tak boleh lagi berlagak yang body dia six pack! Pastu dia merungut, perut dia macam tu lah, macam ni lah. Respon i, 'alaa, sayang macam mana pun, kite sayang jugak kan.'

Last two weeks masa kita keluar bersama, dia tegur i da kurus sikit. I terus buat muka bangga. Terima kasih sayang (padahal i rasa tak pun). Dah kerja ni, semakin lupa untuk makan. Masa belajar dulu, setiap lima minit, curi-curi keluar masa lecturer mengajar, pergi cafe beli makanan. Kalau hari-hari kurang makan, sempat lah dapat body idaman sebelum...

...sebelum kita melansungkan perkahwinan (sayang, sila kasi sokongan).

Friday, March 25, 2011

Mari bekerja.

Lamanya tak berbelog! Kesian kat boyfriend, check-check belog takde new updated. I'm a busy women right now lah sayang. Pekerja dedikasi, memang macam ni (haha). Kadang boyfriend sms pun, sejam baru baca walhal hadphone kat sebelah je. Nak sms boyfriend, cakap i love you pun dah jarang sangat-sangat. Masa tak kerja dulu, dalam sehari adalah dalam lima enam kali i miss you. Tu pun sejam baru dia reply sampai i pernah luahkan pada dia (dulu laa masa i belum kerja lagi),

"Sayang ni asyik busy je kan. Suka tak nak layan kite. Takpe, kite kerja nanti, busy gila sampai tak sempat layan sayang, baru sayang tau rasanya". (I konon-konon meluahkan kekecewaan).

So now, dua-dua kerja, takde lah rasa sangat hari-hari yang dilalui rasa kosong. Rasa rindu, ya ada. Tapi simpan kat dalam hati. Bila bergayut kat telefon sebelum nak tido barulah terluah rindu, cinta, sayang, kasih dan semua-semualah yang geli-geli. *nah baldi, sila muntah.

Penat rupanya bekerja. Mujur masih bujang. Agaknya mereka yang bekerja, ada husband, anak-anak lagi, macam mana lah ya? Macam mama dulu, masa belajar kat U lagi dah kahwin. Pastu kerja, anak dah 4-5 orang (anak ada kembar pulak). Wuu mama memang super women!

Kalau mama super women, i power puff girl. Sayang pulak? Sayang batman lah!

Saturday, March 12, 2011

Hidup untuk makan.

Cepatlah 28 haribulan. I nak merasa sangat first gaji. I terlalu excited untuk itu. Selama ni tiap semester dapat duit ribu-ribu walau tak payah kerja (terima kasih scholarship, i love youuu), tapi sekarang kerja pun tak dapat sebanyak tu. RM empat ribu lapan ratus satu semester, siapa nak kasi! Rasa nak peluk-peluk Jabatan Perkhidmatan Awam. Kalau you all tawarkan i kerja, i janji akan jadi pekerja PALING dedikasi.

Lain-lain sebab i excited sebab i nak belanja boyfriend i makan. Kalau dia kata nak makan kat Concorde pun, i sanggup tunaikan. Serius ikhlas. I tak pernah lagi ni belanja dia makan. Setakat aiskrim dua puluh sen, penah laa.

Dan sayang, please take note. Kita wajib pergi makan meatballs kat ikea ni dulu. Malu sebenarnya nak cakap, i tak pernah lagi try benda alah ni. Hehe. *senyum maluu.

image by: zalykha (zack, aku pinjam gambar kau ni)

Lepas tu kita pergi makan tempat best-best kat lain pulak sekitar KL (cik zalykha, sila advice, tempat romantik semestinya). 

Cepatlah hujung bulan. Cepatlah hujung bulan. Cepatlah hujung bulan. Cepatlahhhhhhhhhhh!!!! 

Friday, March 11, 2011

On phone conversation.

Kadang i perasan jugak, boyfriend i suka nak buat i cemburu. Dia kata lah ada awek nak mengorat dia disebabkan kekacakkan dia. No big deal, i cool jer. I balas macam ni:

"Serius ke nak girlfriend baru?"
"Err.."
"Serius ke? Kalau serius, kite carikan".
"Eh baiknya sayang!"
"Memanglah baik. Kalau sayang nak, kite okay je. Lepas dah kasi sayang girlfriend baru, kite blah lah dari hidup sayang".
"Kalau camtu kite nak blah jugak lah dengan sayang".
"Habis, girlfriend baru macam mana?"
"Tinggal jelah dia, siapa suruh nak rosakkan hubungan kita".

Lepas tu i terus ketawa terbahak-bahak sampai keluar suara jantan.

Hati berbunga.

Bila i geram dengan boyfriend i, i cakap tak nak kawan dia, dia suka cakap 'kawen nak?'.

Memang salah besar la soalan dia tu sebab i will respon with a very big NAK. Lepas tu i terus jadi serius. I terus paksa dia kawen ngan i cepat-cepat. Mujur dia ada jawapan untuk kasi i senyap. Tahun dua ribu dua belas katanya.

Sempatlah i beli kereta!

Monday, March 7, 2011

I'm happy with my love. Eh life. Ah love life!

Setiap pagi i bangun dari tidur, i selalu raba-raba sebelah i, mencari-cari seseorang eh sesuatu yang i sayang (seseorang belum lagi, coming soon). Ahaks! I cari handphone laa. Rutin harian setiap pagi mesti la check handphone kot-kot ada misscall rindu ataupun mesej selamat pagi dari si dia kan. Kalau ada, extra semangat sikit nak bangun pagi pergi kerja. Kalau daripada niat tak nak mandi pagi tu, terus jadi nak mandi (ok yang ni gurau, i gi kerja mandi laa).

Lepas dah siap-siap lawa-lawa nak gi office, dapat lagi mesej 'selamat bekerja, sayang'. Terus tanam niat dalam hati nak kerja sungguh-sungguh. I percaya, semua tu memotivasikan diri i and i really need that. I ni kalau takde orang kasi sokongan, i boleh jadi down sangat-sangat. Mujur ada boyfriend yang suka kasi sokongan moral.
Kan sayang? (kasi sokongan je buat apa, kasi la ayam golek satu ekor).

Kadang bila i stress sebab banyak sangat kerja, i mesej dia. Setiap reply dia mesti buat i senyum. Ataupun bila i bosan kat office, i amik gambar sendiri guna handphone, i mms dia, dia reply cakap i comel, senyum i dari tujuh inci terus jadi tujuh kali tujuh inci!

Kalau hari-hari kena puji dengan dia, sampai tua pun, i tak payah makan jamu. Sebab sampai bila-bila pun, i tetap nampak macam forever 21. *muka belagak sikit (sikit je).

Saturday, March 5, 2011

Bila garam dicampak ke luka.

I tau semua orang akan agree pasal ni. Maksud i perkara yang paling membunuh ialah perasaan bila dikhianati. Especially when it comes to love. Bila cinta kau dikhianati oleh orang yang kau sayang, it feels like shit kan. Rasa macam tahi dilemparkan ke muka. Kau marah. Tapi kau tak boleh pura-pura yang kau maafkan dia atas faktor cinta yang menggunung tinggi kau pada dia.

Mungkin bagi pihak yang mengkhianati tu akan rasa macho bila perasan yang saham dia masih tinggi, boleh playing around with other girls/boys. "Walaupun gua dah ada awek, gua masih laku la derrr".

Kebanyakkan manusia, when they get caught, mereka akan kasi macam-macam alasan bagi membuktikan yang mereka suci. Konon it's just for fun. Come on laa. Sebelum kau cuba-cuba atau ada niat untuk 'test market', ingatlah orang yang kau sayang (kalau betul kau dah set kat kepala otak kau, 'aku nak hidup bersama dengan dia sampai tua').

But for me,

i don't believe in second chances.

Best gift ever.

25 haribulan Februari 2011, i dapat something yang dah lama sangat i idamkan. I tergamam gila bila dia keluarkan dari boot kereta, dan serahkan pada i.

OMG, i dapat ini:





I dah janji dengan dia, birthday dia bulan 9 nanti, i akan nyanyikan lagu Happy Birthday untuk dia guna guitar ni.

Ohh i can't wait to sing a song to youuuu.

Friday, March 4, 2011

5 hari bekerja.

Seriously, i masih macam tak percaya yang i sudah kerja. Segala nightmare yang kata fresh graduate susah dapat kerja, i dah boleh sangkal. Sorry kalau i nampak macam over excited sebab this is my first job sejak dari i kenal ABC. I tak peduli pasal orang lain yang dah pun kerja bertahun-tahun. I excited dengan diri i sendiri dan i kongsi excited tu dengan orang yang i sayang (family, sedikit best friend, dan boyfriend). Sebab hanya mereka yang i harap untuk beri i sokongan moral. Tanpa mereka, i rasa dua hari kerja i dah quit. Sebab i lemah tanpa mereka.

And,

for my beloved kapt muhd hussairi, thanks for always being there. *nangis terharu.

my place

ofis sejukkk macam kat london


Monday, February 21, 2011

You are hired.

Tak sangka sangat kan bila tuah datang bergolek-golek ke pangkuan kau. Kau tak pernah rancang pun untuk bertuah dalam masa sesingkat itu. Tapi hakikatnya kau bertuah. Kata orang tu, bagai bulan jatuh ke riba. Dan bila 'bulan jatuh ke riba' kau, tak lain, kau harus bersyukur di atas kesempatan itu.

Semua berlaku dengan pantas.
14 Feb valentine's day (oke takde kena mengena).
15 Feb aku apply kerja (bukan satu, tapi dua).
17 Feb dapat call suruh datang interview. Dua-dua. Satu dari Karangkraf (jawatan Training exec) dan one more Comfori Sdn Bhd (jawatan Marketing & sales exec).
18 Feb pergi interview and terus dapat kerja.

Tapi 22 Feb ada lagi satu interview. Masa tu dah tepuk dahi. Pening. Harus pergi for the interview or tak harus pergi. Bila dah timbang-timbang dengan akal fikiran yang sihat, aku harus tolak yang Karangkraf memandangkan dah 3 tahun bermustautin kat Shah Alam habiskan degree. Why not kita ubah angin pulak ke tempat yang lebih banyak hiburan. Kuang kuang kuang!! (sayang, i promise i'll behave).

So, i'll start working on 28 Feb. Ohh i'm soooo nervous. Sebab takde pengalaman kerja yang rasmi except for internshit. Eh, internship.

Sayang, promise tau kena selalu datang melawat. Sob sobb. *buat buat muka sedih.

Dalam hati: i'll try my best. Mahu kerja rajin-rajin, insyaAllah.
And mama, i need your Doa.

Wednesday, February 16, 2011

Sayang memang kuat makan.

Dah sebulan. Tak, bukan sebulan. Sebulan lebih tak dating. Sebulan enam belas hari. Rasa macam enam belas tahun. Dah sebulan enam belas hari juga i jadi budak baik. Tak pergi berpoya-poya bersama teman. Apatah lagi nak shopping (oh i miss shopping sangat). Dalam diary i pun dah berlambak list to do bila jumpa boyfriend nanti (list to eat sebenarnya). Bila i baca semua list to do (list to eat) dekat boyfriend, dia dah agree nak tunaikan semua. I sukaaaaaa! I nak buat-buat lupa sumpah janji i yang nak avoid nasi selama setahun itu.

Tapi i tak boleh nak suka sangat sebenarnya. List to eat boyfriend i untuk i pun banyak juga. Cuma yang bezanya apa yang dia mahu makan, i kena masakkan. Our next dating i dah janji nak buatkan makanan kegemaran dia (sayang, selain chocolate cake okay, muak la). Nasib baik lah dia suruh i masak je, kalau dia suruh i belanja, terpaksalah i jual baju-baju i dalam wardrobe kat bundle.

Dan, hari-hari i lalui begitu teruja because my soldier come home soon! End of February sayang janji nak jumpa kite kan? Nak ajak sayang cari shawl kat Jalan Tunku Abdul Rahman and i wanna buy something for your mom.

Dalam fikiran sekarang, dah fikir nak buat apa untuk dia. Banyak sangat makanan kegemaran dia ni.

Err...sayang suka apple pie tak? Sukalah sukalah sukalah please.

Tuesday, February 15, 2011

Boyfriend prayer.



Heavenly God, full of grace,
bless my boyfriend's sexy face.
Bless his hair the way it curls,
keep him away from other girls.
Bless his little nose and toes,
and keep him safe wherever he goes.
Bless his arms so big and strong,
help him keep them where they belong.
Bless his eyes that shine like stars,
and keep his mind on me and cars.
Bless his body the way it smells,
if my dad finds out, he'll get me hell.
I tell you Lord he isn't shy,
he's got his fault and so do i.
Bless him Lord because he's my guy.


Saturday, February 12, 2011

Maafkan kite, awak.

Sometimes when you feel like your relationship ain't that stable, you will find a way to fix it. Sedaya upaya kau akan cuba tampal balik mana-mana part yang 'koyak'. It is because kau sayangkan relationship itu. Tapi tanpa kau sedar kadang-kadang, makin cuba kau nak baiki, makin banyak halangan kau terima. Sedih bukan?

Dan sesungguhnya halangan yang kerap i terima sering berpunca dari diri i sendiri. Ok, i admit. Emosi i kerap tak stabil. Mood suka berubah-ubah. Lepas tu, mula nak marah-marah (lagi-lagi kalau tengah period). Negative thinking pun bermaharajalela kat kepala. Oh this is not cool.

In my relationship, yang sering kena tempias of cos my boyfriend. Bila i rasa macam kurang perhatian je, i mula nak memberontak, merajuk atas sebab kononnya dia tak mahu layan i. Bila dah okey, dah kena pujuk, pastu i kena marah balik sebab suka sangat fikir negatif. Padan muka i.

Yelah, when you are in relationship, semua orang pun mahukan something that could benefit both. Macam kata i kasi you cinta i, i nak dapat balik sama macam i kasi you kan. Tapi bila ada yang tak puas hati, itu yang masalah. Pokok pangkalnya, masing-masing harus belajar untuk memberi dan menerima. I dah pesan pada dia, kalau i merajuk, please jangan ignore i, please pujuk i. Susah lah bila jauh-jauh macam ni. Kalau merajuk, dia cuma boleh pujuk on the phone, tak boleh bawak pergi makan. I nak makanan. I nak ayam goreng.

Kadang bila i dah buat salah, dah marah-marah dia, dah merajuk tak tentu pasal, bila dah okey, i pulak menyesal. Rasa macam nak melutut minta maaf pada dia. I'm so sorry okay. Kite cuma mahukan perhatian dari sayang. *muka sedih.

Maafkan kite.

Tuesday, February 8, 2011

Will you marry me?

I tak tahu kenapa, lately ni i asyik terfikirkan pasal kahwin. Memang i patut rasa macam tu, sebab i dah ada seseorang yang i want to spend the rest of my life with. Dalam fikiran dah terbayang-bayang kehidupan bersama dengan orang yang i sayang itu. Tapi agak stress juga bila family dah mula bersuara.

"Kau bila nak bertunang?". Tu ayat standard abang i setiap kali bila dia terfikir untuk tanya. Abang pulak ada dua. So cuba lah darabkan pertanyaan tu dengan lapan belas kali (ahh tak minat matematik). Alah mentang-mentang dua-dua dah kahwin dah ada baby, belagak. Buekkk! *cemburu.

Kalau nak lebih suspen sikit bila mama dah mula bukak mulut tanya benda yang sama. I terus buat-buat sesak nafas depan mama, konon-konon kaget dengan soalan mama yang cepu cemas itu.

Lepas dah berlakon sesak nafas depan mama, i jawab camni; "Mama, fyra nak kerja dulu".

Pastu mama balas balik; "Tunang jelah dulu, jadi ke tak jadi ni, tahun ni ke, tahun lain?". (Banyak pulak tanya mama kali ni).

Dengan muka konon-konon serius i jawab; "Mama, fyra tak mahu tunang lama-lama. Kalau kata fyra nak tunang tu, maksudnya kitorang dah bersedia, dah tahu bila nak langsung. Tak mahulah ikat, pastu takde target nak buat majlis lagi. Tak mahuuuuuuu".

Mama memang best lah nak majlis simple-simple je. Pulak kena warning hantaran jangan mahal-mahal. Pasal tu i memang setuju dengan mama. Setuju sangat. Yang penting, dapat title isteri dia, dah cukup bermakna buat i. Dapat kasi mama menantu. Pastu kasi mama cucu lagi. Wahh, Mama mesti suka.

Tapi i tak dapat tipulah, bila tengok budak-budak/baby-baby comel, buat i rasa nak berumahtangga. 

Haha. Ok, dah tak mahu berangan lagi. Eh silap, nak sambung berangan. Bye.

Monday, February 7, 2011

.......

Kalaulah aku diberi satu tempoh yang agak terdahulu, mungkin ada banyak perkara yang akan aku selesaikan dengan akal fikiran.


Dan kalaulah semua orang tahu akan buku kehidupan sendiri, terlalu mudah sangatlah hidup ini rasanya.

Thursday, February 3, 2011

Saya rendah.

Okey, i mengaku la yang i ni memang tak tinggi, tapi i tak lah rendah sangat (bila pakai high heels, tinggi jer). Ahaks!! But, kalau nak compare ngan boyfriend i, kalau berdiri sebelah-sebelah, memang lah i jadi rendah sangat! Sebab tu i takkan pakai selipar/sandal atau apa-apa je kasut yang jenis rata bila dating ngan dia. MESTI high heels atau wedges. Mesti. Sakit kaki ke, melecet ke, tolak tepi.

Dan walaupun i rendah, walaupun orang selalu ingat adik-adik lelaki i tu abang-abang i, walaupun orang suka sangka i ni lapan belas, hakikatnya i sangat sukakan lelaki tinggi untuk jadi pasangan i (tak mahu tinggi sikit, mahu tinggi banyak) Macam boyfriend i sekarang, tall and dark and tough (kat perut). Ok tak, tak, tak. Tough bukan kat perut. Tak mahu tinggi tapi kurus. Mahu yang macam sekarang. Mahu yang sekarang sampai bila-bila.

Sebab bila jalan sebelah dia, buat i rasa comel (nak perasan comel sikit bole tak? sikit je pleaseeee). Rasa macam tengah jalan dengan bodyguard. Pastu i rasa selamat, i rasa macam konon-konon dia pelindung i. Ah sukalahh!

Ha, macam cerita ni, Savannah ni rendah je, paras bahu John jer. Sweet kan?!

Ok, i blah sekarang.

Wednesday, February 2, 2011

Teruja sangat!

Tadi sebelum keluar rumah, i berlari-lari anak ke post box, nak check surat. Kot-kot surat tawaran kerja ke, member nak kahwin hantar wedding invitation ke, surat cinta dari peminat misteri ke (perasan gila), ataupun surat PTPTN tuntut hutang (surat paling tak best dalam banyak-banyak surat).

I terus raba-raba post box tu capai surat. Ada lima surat! Ada satu je nama i (cehh). Kat luar sampul tertulis Konvokesyen UiTM. I terus melompat tanpa mengira beberapa pekerja Indon yang sedang bekerja  merenovate rumah jiran sebelah.

I tak tahu kenapa i rasa sangat teruja untuk konvo. Tapi i sangat pasti sebab utama ialah BOYFRIEND CAKAP NAK DATANG MASA KONVO BAWA BUNGA! Ya, itu yang membuatkan i sangat teruja sebab i nak kenalkan dia pada mama and abah i. Tapi boyfriend i boleh pulak buat lawak cakap nak datang konvo i pakai baju askar. I suruh dia jangan lupa bawak senapang sekali (sabar jelahhh).

Yang pasti i dah paksa dia penuhkan boot kereta, seat belakang, seat sebelah driver dengan hadiah + bunga untuk i.

Awwww i sungguh tak sabarrrrr. Korang macam mana? (merujuk kepada member-member UiTM di hatiku yang bakal bergraduate sama-sama)

Tuesday, February 1, 2011

Women just don't understand?

Sejak dua tiga lapan menjak ni, boyfriend i suka post status pasal bola. I tak tahu isu pasal apa so i just keep my mouth shut dari sebarang komen. I terus rasa bodoh sebab i rasa tak tahu apa-apa. I cuma tahu bola tu bulat, boyfriend i penyokong Liverpool, MU hater, dia minat Steven Gerrard, Jersi no 8 dan oh itu saja.

Dan secara automatik juga, i pun kena jadi penyokong Liverpool (menyokong minat boyfriend lah konon). Hey i ada tau jersi Liverpool, boyfriend kasi (*muka belagak). Lepas ni mungkin i kena lebih ambik tahu pasal ni (lepas tu mesti boyfriend i kagum gila dengan i). Wahhhh!

Ohh i ada satu video kelakar yang katanya 'women just don't understand':



Sayang jangan jadi macam dat guy tau. Pleaseeeeeeee.

Monday, January 31, 2011

Bila rindu je EMO.

Dulu i fikir, bercinta jarak jauh ni karut. I cakap besar konon i tak kan becinta pastu duduk jauh-jauh antara satu sama lain. Yelah, dulu fikir itu karut sebab kekasih kau tak ada depan mata kau. Yang kau nampak cuma perasaan curiga yang melampau konon-konon kekasih kau boleh curang, dan kau tak boleh pantau atas faktor jarak. Distance tak make you far apart. Walhal kalau kau dekat-dekat pun, kalau kau atau dia nak curang, tetap jugak curang. Ni semua pasal trust lah. Kau percaya dia, dia percaya kau, cukup.

Tapi i tak dapat nak tipu kadang-kadang i cemburu dengan mereka yang tak payah bercinta jarak jauh, hari-hari pun boleh jumpa. Dan bila i cemburu, i harapkan sangat boyfriend i ada kat sisi i saat tu. Tapi i cuma mampu taip sms cakap i rindu dia. Dia reply, cakap rindu balik, i terus senyum lega. Dalam hati, hmm jauh-jauh pun tak apa.

Sekarang bila dah masuk 8 bulan bercinta, i rasa dah kuat nak lalui semua. Sekali-sekali dapat jumpa, i cherish moment bersama dia, macam dah tak ada lagi hari esok. I cuba untuk buatkan relationship i jadi sweet. Biar bila dia kembali ke tempat asal, dia akan ingat benda-benda sweet itu. Contoh macam i buatkan makanan kegemaran dia dan kalau yang paling common sangat pun, i buat handmade card yang penuh dengan kata-kata cinta untuk dia. Awww!

Dan apapun yang akan jadi pada relationship kami, i cuma mahu go with the flow. Kalau takde jodoh sekalipun, i tak mahu punca tu adalah daripada i (maksudnya atas kesilapan i, atas kelalaian i). Sebab tu i betul-betul mahu hargai dia dan letakkan dia sebagai perkara terpenting dalam hidup i.

Dan..ohh i sangat rindukan dia. Sayang, bila mahu jumpa?

Wednesday, January 26, 2011

Tiba-tiba teringat lah pulak.

Banyak benda sebenarnya yang membuatkan i teringat pada arwah atuk yang paling-paling i sayang. Apa yang i teringat tu bukan saja pada kasih-sayang dia, tapi boleh jadi macam-macam. Contoh macam i tengah minum milo panas sekarang, i tiba-tiba teringat pada dia.

Sebab masa i kecik dulu, sebelum nak tido dia akan bancuh milo panas. Macam dah jadi rutin sebelum tido. Bakal anak-anak i nanti pun i akan amalkan macam ni. Sebelum tido, minum milo dulu ye. Hehe.

Setiap kali i pergi supermarket, i akan beli vitagen. Vitagen is one of my Tok ayah's favorite. Setiap kali dia balik solat jumaat, dia akan singgah beli untuk cucu dia yang ini. Vitagen yang kaler putih of course. Vitagen buatkan i rindu pada dia. Sob Sobb.

Kalau setiap kali breakfast pulak, dia akan masakkan scramble egg, makan dengan roti Gardenia yang jumbo. Kadang jugak dia masakkan oats. Very the mat saleh punya breakfast. Tok ayah punye style, i admire gila. Pagi-pagi jugak, rutin harian dia akan baca english newspaper (dolu-dolu sekolah omputih) sambil pekena ngan teh o panas.

Lunch and dinner, mesti dia akan bancuh oren sunquick. Sunquick dia pekat dan sangat manis. Tok ayah sangat suka manis (mujur body dia memang perlukan kandungan gula yang banyak). Kalau i bancuh untuk dia, pun i buat pekat-pekat.

Dan sebenarnya, i ada nama panggilan manja pada Tok ayah i iaitu Potato Tok ayah. Sebabnya, masa kecik-kecik juga, tok i suka suap i kentang lenyek. Sampai sekarang pun, ada sedara i kat Penang yang tanya tiap kali jumpa, 'mana satu potato Tok ayah ni?'. I jadi malu tapi dalam hati bangganyeeeee!

Banyak lagi yang best pasal Tok ayah, tapi i tak mampu nak sambung.

Sedihhhh. Sangat sedih. I miss you, Tok ayah.

Monday, January 24, 2011

Hati-hati dengan hati.

Aku sedih bila bukak facebook, baca news feed, ada gadis yang beria-ia luah perasaan sedih sebab relationship dia sedang dilanda masalah. Aku tak tahu pasal apa, tapi aku tahu gadis itu sedang bersedih. Kau tahu lah kan, bila seorang gadis sedang sedih, dia jadi sangat-sangat lemah. Condition hati dia teruk. Pulak bila sekeliling dia takde sesiapa untuk kasi sokongan. Dia mula post kata-kata perangsang yang konon dapat kasi dia kekuatan. Aku tumpang simpati sebab aku bole bayang condition hati dia macam mana saat itu.

Macam aku, bila aku sesuatu yang buat aku sedih, aku akan cari kata-kata yang boleh bangkitkan semula semangat aku. Aku google kata-kata yang boleh bikin hati aku tenang semula.


*tahan air mata






Biar hati aku percaya meskipun untuk sementara.

Tuesday, January 18, 2011

Air mata.

mengapa perlu ditangiskan
sebuah perpisahan
tangisilah jalur pertemuan
yang kau warnakan
kerana tersirat padanya
kematian ikatan persahabatan

mengapa perlu ditangiskan 
sebuah kematian
sudah kau arif
ia takdir yang tersurat
tangislah akan kehidupan
ia meletakkan asas
kehancuran, kecurangan
kedamaian dan kemanusiaan.

-M.Amin Jais (1993)

Monday, January 17, 2011

Ouch!

Tak semua dalam dunia ni yang kau nak, kau akan dapat. Kau cuma boleh berusaha untuk dapatkan. Dan bila tak dapat, redha, dan anggap itu bukan rezeki kau. Sama jugak dalam perhubungan. Kau mahu kekasih kau jadi sebijik macam yang kau dambakan. Kau ingat dapat? Kau tak boleh paksa dia jadi yang bukan diri dia melainkan dia bersedia untuk jadi macam yang kau dambakan itu. Sebab kalau dia tak bersedia, dia cuma pura-pura. Kau pun dapat rasa keikhlasan dia tahap mana. Pastu kau jadi tak happy, kau mula persoalkan tahap cinta dia pada kau. Korang gaduh-gaduh, putus. Menarikkkkkkkk!

"If you can make a girl laugh, you can make her do anything." 


and,

Friday, January 14, 2011

Kenapa dia boyfriend saya.

Sebelum kau terima dia jadi kekasih kau, mesti ada sebab kenapa. Mesti ada sebab yang kuat untuk kau tertarik menjalin cinta dengan dia. Tak kisah sebab apa, sebab itu antara kau dan dia. Aku tak nak tahu kau punya dan kau pun tak payah tahu pasal aku punya. Tapi sebab memandangkan ini fyra punye belog. Dan nama aku fyra, aku nak tulis jugak. Kalau nak baca, dipersilakan but content not suitable for some readers. Tak, tipu.

Kebiasaannya, pasal first move, lelaki yang akan mulakan dulu. Kau gadis cuma tunggu. Dan bila dia suka kau, kau suka dia. Takde yang bertepuk sebelah tangan, ok deal, couple. Pastu korang pun jadi pasangan paling bahagia dalam dunia, macam cinta korang berdualah yang paling hebat tiada tandingannya. Eee geli je aku (padahal cemburu sebab 6 bulan pertama bercinta aku dah berlalu). *Sigh.

Dan boyfriend aku sekarang, bukan calang-calang orang pada pandangan mata aku. Diulangi, pada pandangan mata aku. Dan ada sebab kenapa aku terima dia sebagai paling istimewa. Aku cuba nak bagitahu di sini. Tapi aku rasa geli memuji boyfriend sendiri DI SINI, selain nak elakkan dari dia berada di awang-awangan sebab terlalu kembang akibat dipuji.

Urmm i'll tell him personally.

Thursday, January 13, 2011

Madah untuk sahabat.

Terima kasih 'kawan-kawan'.
Air mata yang gugur ini,
hati yang membengkak dan berdarah...
Aku pasti suatu permulaan menuju KEDEWASAAN.

Monday, January 10, 2011

Salah ke wey kalau hipokrit?

Salah satu sifat buruk i sejak zaman sekolah ialah sangat susah untuk maafkan orang. I can FORGET but i never FORGIVE. Tapi bukanlah kata kau tak forgive tu then kau jaja cerita tentang yang kau takleh forget tu pada orang lain. Bukan. Bukan sama sekali. Paling-paling pun kau sorang tahu sudahlah. Takde point pon kau nak jaja cerita buruk orang. Sebab balik-balik akan kena pada batang hidung kau sendiri.

I know this is not good. Tapi i pedulik hapa. Kalau nak listkan orang yang i benci ada banyak (ehh taklah banyak, kurang dari lima kot). Dan kenapa i benci mereka ialah sebab mereka yang buatkan i benci pada mereka. So, i tak salah! Haha.

Dan kalau i jumpa mereka-mereka yang i benci ni, i akan senyum, borak-borak, laga-laga pipi, mesra-mesra alam macam takda apa-apa berlaku, macam i betul-betul excited jumpa mereka (but please don't get me wrong, kawan-kawan yang i sayang pun i akan buat macam tu jugak hokehh). Sebab tu i akan elakkan diri dari jumpa dengan orang-orang yang i benci itu.

Ohh you're sooooooo hypocrite, fyra.

Friday, January 7, 2011

Belum dewasa.

Baru perasan, umur dah meningkat 25 this year. Dulu masa sekolah konon-konon target, umur 25 mesti dah kahwin. So sekarang dah 25. Ahhhhh! *sorok muka bawah bantal.

Cakap pasal kawen i memang dah ready (soooo berlagak kan). Tak kisahlah dari segi apa pun. Oh dari segi kewangan kot kurang sikit. I belum kerja, i takde kereta, i belum ada aset pun lagi. I tak nak bila kawen, husband i kena tanggung i pulak. I nak duit sendiri dan dalam masa sama, i ringankan beban husband i (sebenarnya nak duit sendiri sebab nak shopping).

Jauh di sudut hati i sebenarnya nak sangat habiskan masa i dengan lelaki yang i cintai. I nak mengabdikan diri pada dia. Senangkan hati dia dan yang paling penting, ada zuriat dengan dia.

"Sayang, kalau kita dah jadi mejar nanti, sayang tak payah kerja pun tak apa".
"Kite lagi suka kalau dah kawen nanti, sayang duduk rumah jer jaga anak kita".
"Kalau gaji kite dah best, sayang tak payah kerjalah ok".

Oh i love to, baby!

Monday, January 3, 2011

2011 dengan cinta.

Kalau sebelum-sebelum ni dapat tengok bunga api kat tv je, 1st Januari 2011 haritu dapat tengok dengan yang tersayang. First time! New year lepas takde boyfriend. New year sebelum-sebelum ni pun duk diam-diam baik-baik depan tv.

Lepas dah habis bunyi bunga api pung pang pung pang (eh macam tu ke bunyinya?), perut i munyik-munyik mintak diisi. Tengahari tu i makan ayam goreng seketul je semata-mata nak tunggu malam, dinner berdua dengan dia (baru berselera). Pukul 12.00 countdown, pukul 1130 baru dia sampai jemput i. Jem teruk katanya. Ok, i faham. Habis tengok bunga api, kita gi makan KFC kat seksyen 2. I tatau kenapa, KFC makin tak sedap sekarang ni. Pulak tu, KFC seksyen 2, service memang out!

"Ayam hot and spicy takde ke?"
"Ada. Tapi kena tunggu 15 minit!"
"Ah, original pon takpe lah", kata i dengan nada kecewa. Mujur sedang dengan boyfriend, makan apa pun berselera.

Pas makan-makan, jeling-jeling manja sikit, i tenung dia, dia tenung i, kitorang decide pergi lepak kat dataran rumput berhampiran Hotel Blue Wave tu. Orang ramai. Ramai sangat. Ramai baru best. Meriah! Bila dah amik port atas rumput yang basah embun tu, i cakap i ada sesuatu untuk dia. Dia pun buat-buat muka suspen ala-ala teruja sikit.

I kasi dia diary 2011. Dalam tu ada terselit kad kecil yang i buat. Dalam kad comel tu i tulis azam i untuk 2011. At least ada bukti untuk tengok tercapai atau tak bila 2012 nanti and yang penting, dia boleh bantu untuk i capai mana-mana yang i susah nak capai tu! Boleh kan sayang? Hehe. Aww i love youuu.

Tujuan i kasi dia diary yang dah ada tarikh siap-siap tu (walaupun macam kelakar), adalah supaya dia boleh manage hari-hari mendatang dia. Supaya dia dapat catit perkara-perkara penting tentang kerja dia. Supaya hari yang dia lalui tak sia-sia. Lagipun i tak boleh berada di samping dia hari-hari, i tak boleh nak remind dia apa-apa yang dia mungkin lupa. I cuma boleh bantu sikit-sikit, tu pun dari jauh.


...been dying missing you over here.