Friday, November 22, 2013

Baby's first kick

Helo helo! Moment yang i tunggu tunggu dah pun berlaku. I rasa baby i punya first kick sewaktu genap minggu ke 20 (means 5 bulan). Mungkin awal lagi sebenarnya dia start tendang tapi i yang baru perasan. Siang tu i busy buat cream puff, lewat petang pulak i busy masak untuk mama buka puasa. Dan, malam tu masa i sandar kat sofa tengok tv, i rasa something kat perut. Macam ada butterfly tapi macam bubble pun ya juga. Kadang macam berombak. Suspen ni suspen ni. I tunggu lagi sambil usap perut. I rasa lagi sekali dan lagi dan lagi. "Ha ambik kau, nak rasa sangat kan," kata baby barangkali.

Betul la, bila you busy memang susah nak perasan benda ni. Bila you baring, you akan ketara rasa tendangan halus ni. Aww comelnya comelnya tendangan baby. Terus i terbayang baby tendang macam ni,

Heeeyahhhh! Rasakan mama! 


Memang waktu 4 month i ada rasa getaran di bahagian perut. Tapi itu heartbeat baby sahaja. Cakap pasal heartbeat, laju woo and then bila you baring you akan rasa ada vibration di seluruh badan. Even you duduk pun, you akan rasa vibration juga. Tak semua orang akan rasa vibration ni. Alhamdulillah i dapat rasa. Petanda baby sedang bernafas dalam rahim you. Mau tak happy gila.

So sekarang, waktu subuh bila i celik mata, tangan i capai perut dulu. Usap usap perut dan baby i akan respon dengan tendangan halus itu. Nak suruh mama bangun solat subuh la tu. Ok, jom kita pergi solat subuh, i cakap pada baby.


Gambaran baby pada minggu ke 20


Half way to go, baby!


Memandangkan i jauh dengan hubby waktu ni, perkara ni yang paling nak sangat i bagitahu pada hubby, tapi......



Saturday, November 16, 2013

Baby boy atau baby girl?

Part yang paling ditunggu tunggu bagi pasangan yang menanti kelahiran cahayamata tersayang, adalah jantina baby. I dan hubby pun tak terkecuali. Rasa macam hidup dalam misteri selagi belum disahkan melalui ujian ultrasound. Kadang i fikir, kan ke best kalau jantina baby pun boleh diuji menggunakan alat macam UPT, macam masa mula mula nak sahkan kehamilan tu. Tapi ternyata, tidak boleh. Jadi disebabkan tak boleh, dan nak scan jantina pun belum berkesempatan lagi, ayuh kita main teka teki.

Previously i ada cakap i dan hubby berharap untuk cahayamata first ni mahukan baby boy (especially hubby, confident sangat baby dia boy). Haritu i whatsapp video baby i gerak kat hubby, hubby respon apa tau, "wahh my boy dah makin aktif!" Boy?, i gelak. Confident nya pakcik ni, i cakap dalam hati. Orang kata, biasanya naluri ibu tu betul. Dia macam dapat rasa jantina apa baby yang sedang dia kandung. I malas nak yakin sangat walau naluri i bagitahu ini baby boy.

Dalam pada tak yakin pun, i ambil tahu juga tips tips meneka jantina baby. Just for fun. Antara kaedah yang i baca,

1) Bleach Gender Test:

Mix 1 part bleach with 1 part urine

Fizzes like sprite = Girl
Foams like rootbeer = Boy

*i test, mula mula dia buih banyak cam rootbeer tu, pastu baru fizzes macam sprite.


2) Ring Gender Test

Kaedah ni you all bole guna cincin kahwin. ikat cincin dengan benang, like this


You all sandar kat sofa ke, katil ke then letak cincin tu atas perut boyot yang comel itu, tapi jangan la sampai cincin terkena perut. Tangan jangan shaking, stay setempat. Cincin tu akan bergerak sendiri. Kalau dia berpusing membentuk bulatan, it's a girl. Kalau side to side, it's a boy.

Ulang suara, just for fun ok.

*i test, cincin tu bergerak side to side.


3) Jadual tentu jantina anak: 




Kat ruangan bulan tu, tengok bulan bila your last menstrual period (LMP) dan dalam masa sama tengok umur you all. Kalau P tu anak perempuan, L anak lelaki.

Contoh:

I punya LMP bulan Julai, umur i 27 = L

*pun i dapat jawapan: L


4) Tips meneka jantina baby melalui simptom simptom pada si ibu adalah kaedah yang paling popular. Let's check it out!


  • Perut si ibu: 

       Tajam / meruncing ke depan : BOY
       Bulat / melebar ke tepi : GIRL

  • Arah tidur si ibu: 

       Suka mengiring ke kanan : BOY
       Suka mengiring ke kiri : GIRL

  • Merasa arah berat perut: 
        Kalau ibu rasa baby suka lepak belah kanan : BOY
        Kalau ibu rasa baby suka lepak belah kiri : GIRL

  • Garisan pada perut (Linea Nigra): 

        Garisan tegak dari bawah terang dan tidak putus : BOY
        Garisan tegak dari bawah terang tapi putus putus : GIRL

  • Wajah si ibu:

        Kelihatan berseri seri : BOY
        Tak berapa nak berseri seri (sebab baby tarik seri si ibu) : GIRL

  • Buku lali:

       Licin putih berseri : BOY
       Kelihatan kehijauan : GIRL

  • Respon baby pada si ibu:

       Kalau baby girl suka pada kita : BOY
       Kalau baby boy suka pada kita : GIRL


Suspen kan! Whatever it is, anak tu anugerah Allah yang sangat sangat terindah. Apapun jantina yang Allah tentukan, wajib bersyukur kerana dikurniakan cahayamata berbanding mereka yang bertahun kahwin tidak dianugerahkan cahayamata sendiri. Kalau first baby tak dapat boy/girl pun, second, third, fourth kan ada. Ok, empat cukup.


Can't wait to see my baby. Tak sabar nak scan 3D!


Tuesday, November 12, 2013

Am i a good wife, sayang?

Sepanjang tempoh lapan bulan lebih sikit bergelar isteri pada lelaki yang dicintai, ada masa bila i sendiri, i cuba muhasabah diri.

Am i a good wife? Is that enough, apa yang i beri pada suami setakat ni? Kekurangan kalau ada, di mana?
Lumrah manusia, selalu anggap diri sudah bagus tapi hakikatnya?

Tak semua orang Tuhan naikkan darjat untuk bergelar suami/isteri. Ada lambat, ada cepat. Ada yang langsung jodohnya berat. Ada yang berumahtangga tapi merana. Ada yang bahagia (semoga sampai syurga).

Jujur. Ini apa yang i amalkan dari awal perkahwinan dan dengan niat, mahu pupuk layanan sebegini sampai ke tua usia kita:

1) Sentiasa ucap thank you walaupun di atas sekecil kecil pertolongannya. Tolong ambilkan barang misalnya.

2) Suap makanan ke mulutnya. Bagus dipraktikkan semasa dalam kereta waktu hubby sedang drive dan kita di sebelahnya.

3) Mencintai keluarganya. I truly really love his family like my own.

4) Tidak meminta sesuatu di luar dari kemampuannya. I belum pernah minta gelang, rantai emas lagi okayyy. HAHA

5) Masak makanan kegemarannya. Berikan layanan sempurna di meja makan juga.

6) Manja. I feel like baby.

7) Selalu kemas dan wangi. Tak aci, hubby bole je berboxer sepanjang masa. Time mandi pun ikut suka dia.

8) Selalu bertanya, "sayang ok? nak air? nak makan? nak cium?

9) Rumah mesti harus wajib kemas dan bersih. Biarlah kalau lepas tu dia buat sepah balik ke, takpa biarkan.

10) Buat segala suruhannya dengan senang hati dan sepenuh cinta.

11) Sokong minatnya. Time bola kat tv, kasi remote padanya dengan berkata, "nah, all yours". Pastu terus pergi tidur. Kadang kadang jerit goal tiba tiba. Atau ketawakan dia time syok tengok bola tapi service currently not available gara gara hujan.

12) Ada sense of humor. Part ni i bertuah sebab dia selalu mulakan buat i ketawa.

13) Jaga aurat di luar rumah. Selalu ingatkan diri, dosa isteri adalah ditanggung suami.

14) Jahit seluar/baju suami yang koyak. Lepas jahit hubby cakap thank you, rasa macam di awangan gituuu.




15) Jaga zuriatnya. Walaupun baby kami belum lahir, tapi harus mulakan sejak dari dalam rahim lagi. Indah rasanya bila kita mengandungkan anak dari benih lelaki yang dicinta. I feel blessed. Really.




Sebab itu, sebab itu i tak mahu berjauhan dengan suami. Sebab i tak boleh lakukan semua ni.

Macammana i nak collect pahala?


Wednesday, November 6, 2013

Air tangan isteri

Kalau ditanya pada semua lelaki, apa ciri ciri wanita idaman mereka, rata rata akan jawab (salah satunya) pandai memasak. Bukan kata pandai memasak tu mesti masakan yang setanding chef chef terkemuka, tapi tidak kekok di dapur sekurang kurangnya.

Tak semua wanita dilahirkan sebagai pandai memasak sebab background kita tak sama. Ditambah dengan minat lagi pula. Dari yang i kaji sendiri, sekiranya ibu kita suri rumah, maka kita akan terbiasa dengan mahu makan apa saja, minta dan ibu akan tunaikan. Possibility untuk berdikari dengan memasak sendiri adalah kurang. Beza pula dengan ibu yang berkerja, yang kadang memaksa kita untuk mencuba memasak sendiri dan belajar melalui kesilapan. 

Haritu i sembang dengan seorang kawan. Dia kata dia tak tahu memasak. Katanya, buat apa nak masak, balik rumah, makanan dah tersedia. Nak makan apa saja, ibu masakkan. Atau makan di luar saja, tak perlu nak masak bagai. Pada i, mungkin senang waktu sekarang sebab masih tinggal bersama keluarga. Kalau duduk rumah sendiri bersama suami? Anak anak lagi? Kalau banyak duit, mungkin boleh ambil maid. 

Dari pandangan i, memasak ni bukan kata you buka buku resipi, terus masakan you excellent macam dalam resipi walhal ilmu tentang masakan you zero. Kebanyakkan pengetahuan tentang masakan you hanya akan perolehi dengan kesilapan yang you lakukan. What i mean is, try and error. Dengan kesilapan kesilapan itu yang sebenarnya mengajar you.

I tau, salah satu sebab bertambahnya sayang hubby pada i sebab i tahu memasak. Dan menguatkan lagi alasan untuk menikahi i juga atas sebab itu. I tak handal, i cuma ada minat. Since zaman sekolah dulu, mama i berkerja. Jadi, masa mama di dapur terhad. Most of the time, mama cuma sempat masak nasi goreng (tapi waktu tu mama i terror baking sangat, lauk lauk ni mama i kurang). Tiap kali mama di dapur, i suka tengok mama masak. Now mama dah tak berapa sihat, memang mama dah stop masak dah lama. Bila i ada, i cuma perlu tanya, "mama nak makan apa?", "mama, nak fira masak apa?". 

Sekarang i dah kahwin dan i bangga bila suami dapat merasa air tangan i. Plus dapat memberi layanan first class di meja makan.  

Masak untuk suami, masakan biasa jadi bertambah tambah lazatnya. 


Thursday, October 31, 2013

Nota untuk baby

Assalamualaikum wbth.

Hai baby! Bila nak start kicking ni? Mama tak rasa pun. Sangat tak sabar ok nak rasa tendangan pertama baby. Harini baby mama dah 18 minggu yaww. Dalam pregnancy calendar dalam phone mama tu cakap anak mama sebesar buah orange. Ke mango? Senang mama nak bayangkan kalau betul. At the moment, mama jauh dengan papa sebab dia sedang berkursus di Kuantan. Dah sembilan hari mama berjauhan. Rindu pulak rasa bila takda tangan kasar usap usap perut mama ni.

Mama rasa mama dah makin gemuk. Next check up confirm berat naik. Duduk rumah Mak tok ni, mama asyik makan je. Baju baju pun rasa makin sendat. Kalau kat Besut sana, kat tempat kerja papa, mama rembat je baju t-shirt papa tu, dengan boxer boxer papa sekali (papa pun makin besar, so banyak dah yang tak muat). Papa jangan marah ha. Kalau kat rumah Mak tok, t-shirt adik adik, mama pakai. Besar, longgar so selesa.

Azam mama
Cita cita mama, azam mama, bila baby dah lahir nanti, mama nak susukan baby sampai umur dua tahun (kalau susu mama banyak la). Lepas tu, mama tak nak ajar anak mama tidur buai. Susah nanti anak mama manja sangat, nak berbuai je sepanjang masa. Tidur atas tilam je tau. Senang nanti nak practise pusing pusing badan, angkat angkat kepala. Lagi satu, no hisap hisap puting. Hisap jari comel baby sendiri je sudah. Jujur, mama rasa rimas tengok kids yang dah besar pun, masih hisap hisap puting lagi. Just saying. Sebab mama yang akan decide apa yang terbaik bagi mama untuk anak mama sendiri. Mama ada hak 100% takda kompromi.

Setakat ni, tiga benda tu je yang mama berazam sangat. Harap papa menyokong.

Nama anak mama
Pasal nama. Mama happy sebab papa pun jenis tak gemar nama anak panjang panjang. Kalau baby girl, satu nama saja. Kalau boy, dua nama termasuk Muhd bagi nama pertama sebab nama papa ada Muhd juga. Mama akan elakkan nama nama moden yang dah ramai sangat orang guna. Biar nama anak mama ada bunyi arab arab sikit. Wahh jauhnya mama fikir haa.



Gambar gedik untuk mama whatsapp papa


Waaa gemoks kan mama


Baby, insyaAllah kita akan berjumpa lagi 3 Disember ni untuk check up seterusnya dengan perut mama yang bertambah besar. Jaga diri baik baik dalam rahim mama ya. 

Dengan sepenuh cinta,
Mama
Meru, Klang



Monday, October 28, 2013

Perubahan kehamilan yang manis

Sedar tak sedar, satu demi satu perubahan yang i alami sepanjang tempoh kehamilan i yang empat bulan ni. Perubahan yang manis semestinya bila memikirkan ada nyawa yang sedang dikandung menanti saat kelahirannya. Antara perubahan yang i alami setakat ini;

Chloasma
Ia juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'. Ia kelihatan seperti tompok tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.
I alami benda ni tapi pada leher (syukur bukan pada muka). I perasan ada macam tompok gelap di sekitar leher. Nampak macam daki tapi bila i letak baby oil pada kapas, dan cuba untuk bersihkan, ternyata ianya tak hilang. So, memang bukan daki tapi chloasma. Lepas bersalin hilang, ok takpa.

Linea Nigra 
Linea Nigra adalah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah tengah perut yang biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul pada trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi. Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas kelahiran bayi.
I baru perasan garisan ni, macam baru nak muncul sebab belum ketara lagi. Mungkin bila kandungan i semakin besar ia akan semakin kelihatan. Takpa, kalau ianya demi untuk pembesaran bayi, i happy.

Jaringan urat 
Jaringan urat (spider veins) ini adalah kapilari kapilari darah (saluran darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi. Ia biasa berlaku pada wanita hamil. Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.
Jaringan urat ni pun berlaku pada i. Bila i tengok pada cermin, akan nampak jaringan urat halus pada pipi.

Seri ketika hamil
Rupanya 'seri' semasa hamil bukan sekadar kata kata. Ketika hamil kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan menjadikannya montok serta menghilangkan garis garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda.
I suka part ni sebab akan buatkan i perasan. Tapi betul, i rasa kulit muka i macam glowing gitu plus takda satu jerawat pun yang timbul sepanjang kehamilan ni (sebelum hamil pun memang jerawat tak boleh hidup kat muka i, kalau ada pun, esok tu mesti hilang)

Selamat tinggal tidur terlentang
Dah masuk bulan keempat ni, i cuma ada dua pilihan cara tidur. Mengiring ke kiri atau ke kanan sahaja. Selepas minggu ke 16 ni, dah tak elok lagi tidur terlentang sebab bayi akan menekan salur salur darah dalam badan ibu. Cara tidur yang elok bagi ibu hamil adalah mengiring ke kiri dengan kaki dibengkokkan sedikit serta letakkan beberapa biji bantal di celah lutut agar lebih selesa. Cara begini dapat mengurangkan tekanan pada otot di sekitar peha dan pelvik. Hakikatnya, i lebih suka mengiring ke kanan, kan sunnah.

Trimester kedua yang nikmat
Berbeza dengan trimester pertama, di trimester kedua ni i rasa lebih cergas dan bertenaga. Rahim i jadi semakin kuat alhamdulillah. Sebab tu, trimester kedua ni saat yang sesuai untuk vacation (apakan daya, hubby berkursus pula). Sebab dah melewati fasa tubuh berkerja kuat. Sekarang pun tubuh berkerja kuat tapi tak sedasyat waktu trimester pertama.


hello! i'm at week 17!


Perjalanan i dan baby ada lagi lebih kurang lima bulan. Perubahan maha hebat apa lagi yang akan i alami, sama sama kita nanti. I cuma nak pesan satu pada baby,

Thank you baby, sebab baikkk sangat duduk dalam tu. Harap di trimester ketiga nanti pun baby senangkan mama ok. Ya, sampailah baby melihat dunia.

Ok, just kidding. Semua tu urusan Tuhan. I will keep on berdoa berdoa dan berdoa agar Allah mudahkan urusan i sehingga ke saat kelahiran.

Mama dan papa tak sabar sangat nak jumpa baby. Sangat.


Friday, October 18, 2013

First time dengar your heartbeat, baby

Sekarang ni time nak buat check up lah waktu yang paling menggembirakan. Lebih menggembirakan dari nak sambut hari jadi. Birthday i jatuh pada 16 Oktober lepas, i buat check up pada 18 haribulan (harini). I kira itu sebagai hadiah hari jadi yang tak ternilai harganya. What a wonderful birthday gift from God.

So, memandangkan hubby kerja, i pergi check up sendiri kat klinik keluarga dalam pangkalan. Pukul 8 tepat i dah tercegat kat dalam (bapak awal). First, i check berat. Masa tu suspen sangat takut berat i naik mendadak. Yelah, kan raya. Banyak kot i makan (pernah ke dalam hidup i makan sikit?). You know what, berat i tak naik pun. Haha i happy.

Kemudian, i kena check urine. Nurse kata urine i ok, tiada masalah. Lepas tu, check darah, pun ok, tiada masalah.

The best part yang i nantikan sangat, scan baby! Weeeehaaaaaaaa. Lamaa nurse taruk alat ultrasound tu pada perut i. Pastu i cakap, ala papa dia tak dapat tengok, kerja. Then nurse cakap nanti dia bagi copy untuk tunjuk pada papa. Siap dua keping lagi ok. Nurse tunjuk kepala, ini badan, ini kaki tangan, dan ini yang berkelip kelip tu jantung dia, kata nurse. Kemudianya, nurse bagi i dengar denyutan jantung baby i. Sebak kot. Apa apa pun yang kali pertama, adalah paling istimewa.



Selesai check up, i terus whatsapp pic ni pada hubby dengan caption, Hello papa! I cerita la aktif sangat baby kita masa i scan tadi. Hubby kata, dah besar dah baby kita ya. Lepas tu dia tanya, boy ke?

I ketawa. Awal lagi la untuk tahu jantina. Baru four month. Nanti six month kita scan 3D ya sayang ya? 




Benarlah, pregnancy is something BIG in woman's life. Dan boleh jadi something yang emotional juga. Kalau tak, kenapa i menangis waktu pertama kali i hear your heatbeat, baby. Balik rumah, i tenung copy ultrasound tadi, dan i tersenyum pula.


Tuesday, October 15, 2013

Second trimester yaww

Syukur alhamdulillah, kandungan i dah hampir nak memasuki empat bulan. Baby bump pun dah semakin ketara. Simptom simptom yang tak berapa best pun dah takda. Betul la kata orang, trimester kedua ni agak rilex sedikit. Takda dah batuk batuk, pedih ulu hati atau muntah selepas makan. Tapi tak tahu lah, mungkin akan muncul kembali. Just wait and see. Apapun, apapun yang i alami, mama rela apa saja sayang, apa saja. Ewahh sangat.

I paling tak sabar nak shopping barang baby. Mesti feeling mak mak sangat nanti kan. But it is too early. Hubby kata kita shopping awal next year lah. Dah tau jantina baby kang best sikit nak pilih pilih baju. Hubby suka cakap baby dia ni boy (nak train jadi pemain bola sepak lettewww). I pun suka kalau anak sulung boy sebab nanti dia bole jaga adik adik dia especially adik girl. I ada abang, so i tau betapa bestnya ada abang yang akan ambil tahu pasal kewangan, kesihatan dan sosial life termasuk siapa boyfriend adik perempuan dia. 

Tapi kalau baby girl pun best juga. Boleh kasi pakai baju lawa lawa. Baju baby girl kan seribu satu macam sangat. Dari hiasan rambut sampailah ke kaki. Aww comelnya. Kalau boy, pi mai pi mai tang tu juga. Tak kisahlah, asalkan anak mama dan papa nanti sihat sempurna, jantina apa pun, kami terima dengan syukur yang tak terhingga.



me at week - 15




Tuesday, October 1, 2013

Hari lahir hubby ke 17 + 10

Hari lahir hubby jatuh pada when september end. I'm so excited nak sambut sebab ini kali pertama birthday dia yang i ada di sisi dia (masa belum kahwin, kan masing masing jauh, dapat wish guna alat telekomunikasi aje). Sambutan yang sederhana tapi bermakna.

Pukul 5.30pm tapau kek dua slice kat Secret Recipe, Jerteh then terus menuju ke Pantai Bukit Keluang, Besut. Satu yang i suka pasal pantai ni sebab kita boleh lihat Pulau Perhentian dari kejauhan.

Pulau Perhentian yang belah kanan, bukan belah kiri yang jelas ketara tu


 Now you see


 Now you don't


 Bakal daddy mommy yaww



Balik dari pantai terus i flat, rasa macam nak demam, rasa weak. Hubby cakap, ni sebab pergi pantai la ni. Terus i mati matian nafikan sebab i suka pantai. Sebelum keluar lagi i dah rasa pening sikit sebenarnya. So, bukan sebab pantai. Full stop.

Hubby kata hadiah birthday dia tahun ni paling bermakna, sebab dapat i. Wawaawaaa i'm touched.

Last but not least, Selamat ulangtahun kelahiran, kekasih. Moga panjang umur kita. Sampai tua bersama. Biar bersyukur apa rezeki yang ada. Besar kecil asal makan bertiga.


Sincerely,
me and baby




Friday, September 20, 2013

Simptom kehamilan i

Semua sedia maklum bahawa bila hamil je, keadaan yang tak selesa bagaikan kawan baik gitu. Dulu i fikir, setiap wanita yang hamil mesti mengalami morning sickness, muntah muntah, sakit kepala, sini tak selesa, itu tak selesa. Sangat tak best. Rupanya i silap. Setiap orang berbeza beza. Badan berbeza, hormon juga berbeza.

Macam tu jugak dengan apa yang i alami. Sebelum dapat tau i hamil, i sangat kuat makan. Maghrib buka puasa makan nasi, isyak i dah lapar. Hubby pulak terkejut tengok i makan. Kat rumah mertua, balik terawih, i terus buka tudung saji, paksa hubby teman i makan nasi (sebab segan kan, bukan rumah sendiri). Dan, sehingga ke hari ini i sentiasa kelaparan. Bukan kelaparan biasa, sampai pedih perut bunyi bunyi minta diisi. Kesian hubby, i asyik mengadu lapar. Apa la sangat lapar i tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang i tengah kandung sekarang ni. He he

Cakap pasal alahan, loya loya dan yang sewaktu dengannya, i bersyukur, i tak extreme mengalaminya. Masa kandungan i nak masuk dua bulan (around 5-6 weeks), ada i rasa sikit tak selera, I terbayang makanan berminyak, berlemak atau bersantan, i rasa nak muntah. Tapi makan tetap makan ok, takda maknanya tak selera sampai langsung tak makan. Lepas makan, i akan muntah sikit, then baru akan lega, I terbaca bahawa time tu Allah nak tiupkan roh pada kandungan i, that's why akan rasa sedikit loya dan tak selesa. Ohh begitu rupanya.

Morning sickness yang orang sebut sebut i tak tahu macamana. Pening pening ke muntah muntah ke atau badan tak bermaya ke apa? So far sepanjang kehamilan, i baru sekali sakit kepala. Most of the time, i ceria je. Kakak ipar i cakap, i aktif lasak macam tak preggy pun. Syukur syukur syukur alahan i tak teruk. Semoga baby i pun kuat macam i, ya sayang ya? Sampai satu tahap tu, i curious, betul ke i preggy ni, takda simptom simptom over macam orang lain pun (sebelum i scan la tapinya). Rupanya betul berbeza, kawan i alahan mengandung dia sampai gatal gatal satu badan, kena admit wad sebab muntah tak berhenti pun ada.

Tapi, i ada satu simptom yang quite tough juga i alami yakni batuk berkahak. I jarang batuk tapi batuk yang i alami ni lebih dari seminggu. Batuk yang diikuti dengan kahak hijau yang pekat. Well kalau kahak sampai hijau, itu agak serius juga. I cakap pada diri, batuk je takpa, asalkan bukan sakit kepala. Tiap kali batuk, i pegang perut, takut baby terkejut. Rupanya batuk pun berlaku akibat dari perubahan hormon juga. Anything for you baby, mama rela.

Lagi satu bila hamil, tulang punggung atau pinggang mudah rasa sengal sengal. Kalau i baring atas karpet atau tilam nipis, nak bangun balik tu kena slowly. Sakit woo even baring sekejap pun. Nak tempat empuk aje, mengada.

Itu je yang bole i kongsikan sedikit pengalaman. Orang kata, kalau alahan tak teruk, baby boy. Kalau alahan teruk, baby girl. Tapi ada je orang yang dapat sebaliknya.

Tapi jujur, kalau boleh, kalau ada rezeki, kalau diizinkan Tuhan, i mahu baby boy.


Tuesday, September 17, 2013

Buku pink pertama

Huhh i lega da buat buku pink. Selalu orang duk cakap buku pink buku pink, i fikir apa bendalah buku pink tu sebenaq benaqnya? Rupanya buku ni sangat penting untuk merekod kesihatan ibu mengandung sehinggalah saat kelahiran. I rasa lucky gila tak payah beratur panjang tunggu giliran yang tersangat lama untuk buat buku pink ni. Kalau kat klinik kerajaan lain kan semua orang pun tahu harus tunggu lama. Proses buat buku ni dah la makan masa, lepas tu kena tunggu giliran bersama ibu hamil yang lain lagi.

I buat buku ni kat dalam kem. Kat klinik Keluarga, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pangkalan Udara Gong Kedak. I melangkah masuk klinik je, kat ruangan menunggu takda orang langsung. Different gila kot berbanding klinik ibu dan anak yang lain, lambat sikit je mau takda kerusi nak duduk. So i terus jumpa nurse cakap i nak buat buku. I kasi kad pengenalan dengan gambar scan masa i buat kat klinik swasta aritu tu. Nurse terus rekod, tanya background kesihatan semua lepas tu nurse rekod berat dengan tinggi. Lepas tu pulak diorang nak check urine. Urine i jernih je sebab memang i minum air kosong banyak. Then i kena buat ujian darah. Hoi sakit oi kena cucuk. Bukan ambil darah setitik, tapi penuh dalam jarum suntikan. Nurse ambil darah kat tengah ruang antara lengan tu. Nurse cakap urat i halus je. Mujur la i bukan jenis takut ambil darah. Tapi sakit tetap sakit.

Selesai ujian darah, nurse panggil i masuk bilik rawatan. I baring kat katil nurse cerita sikit pasal payudara. Kepentingan bagi ibu hamil untuk check kalau kalau ada ketulan atau benjolan yang boleh membawa pada kanser payudara. Ramai wanita suka ambil mudah benda ni (termasuk i). Nurse tekan tekan pada bahagian tersebut lepas tu nurse cakap kelenjar kelenjar susu dah mula ada ni. I syukur. Lagi, nurse ajar i teknik teknik untuk kesan perkara tersebut.

Part paling best, nurse scan perut i lagi. I nampak baby i. I nampak kepala dia. I nampak denyutan jantung, I nampak kaki walaupun agak blur gitu. Oh bahagianya.

Next appointment on 23 Oktober ni. Masa tu i dah masuk trimester kedua. Satu lagi yang i suka pasal klinik ni, diorang sediakan dental check up sekali. Dental check up i pada 9 Oktober. Bagus kan, two in one. Nurse yang handle i pun baik sangat. Style mak mak gitu. Kalau ada masalah, boleh contact h/p dia selepas waktu pejabat. Kalau waktu pejabat, call klinik je.


                           

       

Thank you sayang sebab sudi menemani isterimu ini. Jom sama sama lihat baby kita membesar. Thank you sebab sabar layan kerenah isteri yang sensitif lagi kuat menangis ni dan thank you sebab selalu tak menghampakan keinginan kita terutama pasal makanan.

*hugs hugs


Wednesday, September 11, 2013

First check up

I buat first check up kat Shah Alam semasa kandungan berusia 9 minggu (masa tu kan janin baru mula terbentuk dan mula ada heartbeat) Sampai klinik, i nervous sangat dan perasaan ingin tahu keadaan baby i membuak buak. Masuk bilik ultrasound i terus baring kat katil dia. Doktor masuk terus tanya, "pundi kencing penuh tak?". I jawab "memang sentiasa penuh pun". Doktor balas balik,"kalau penuh, senanglah nampak baby".

Nurse sapu gel kat perut i dan doktor mula lakukan ultrasound. Dan i nampak baby i! I tanya doktor, "mana heartbeat?" Doktor pun tunjuk, "ni heartbeat dia", sambil tunjuk pada skrin. "Semua normal, kedudukan elok dalam rahim", sambung doktor lagi.

Ya Allah, leganya i nampak heartbeat. Leganya bila doktor cakap semua normal. Leganya bila baby terletak elok dalam kantung dia.


week 9

Nasihat yang paling berguna doktor pesan pada i dan husband,

"Banyakkan ucap syukur pada Allah SWT sebab tak semua pasangan dapat merasai memiliki zuriat sendiri. Ada pasangan yang datang pada saya, menangis nangis sebab bertahun kahwin tapi belum hamil, nak berdepan dengan mertua, saudara mara dan orang sekeliling lagi yang perli bila nak dapat zuriat. Ada suami yang mengadu pada saya, tiap tiap bulan isteri menangis sebab datang period"

"Bila Allah berikan kita rezeki anak ni, maksudnya Allah telah naikkan darjat kita. Daripada bujang, Allah naikkan darjat menjadi seorang isteri/suami. Kemudian Allah sekali lagi naikkan darjat menjadi seorang ibu/ayah. Apa yang paling penting sekali adalah persediaan untuk menjadi ibu/ayah. Harus bermula dari memperbaiki diri. Banyakkan solat tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran. Ada rezeki lebih, pergi ke seminar keibubapaan"

"Tugas kita adalah banyakkan berdoa supaya Allah lindungi kandungan. Hal anak, serah pada Allah dan yang penting adalah bersangka baik dengan Allah. Jangan terlalu fikirkan benda yang negatif kerana Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud "Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku"


Lepas keluar dari bilik doktor, i rasa kata kata yang dituturkan tadi bagaikan emas permata yang tiada tandingan. I tengok hasil scan tadi, hati i sebak.

Terima kasih Tuhan atas sesuatu yang Kau anugerahkan dari pernikahan.



Friday, August 2, 2013

I di awal kehamilan





Gambar atas ni masa mula mula tahu pregnant (empat hari sebelum period due). Dari nak buka puasa makan ikan bakar kat Kuala Besut terus tukar ke Pizza Hut, Jerteh. Sebab ikan bakar tu agak pedas. Ecece konon kan kalau pregnant tak bole makan pedas pedas. After solat maghrib dan berbuka makan biskut cicah teh o panas, baru kita pergi Pizza Hut. Hubby suka macam tu, biar pergi masa tak ramai orang. Time berbuka kan agak crowded gitu.

Masa ni dah mula ingatkan diri apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh. Bahaya juga sebab i jenis bedal apa saja. So i pesan pada hubby supaya pantau pemakanan i. Macam ada nenas kat atas pizza tu, hubby tak kasi makan (alert betul dengan nama nenas). Lepas tu sebab pilih pizza set, dapat pepsi. Mana boleh minum air bergas, so pilih ice lemon tea.

Since pregnant ni, banyak jugak la i telan air liur, terpaksa lupakan makanan dan minuman favourite macam air tebu (bulan puasa, air tebu sangat menggoda you know). Lagi pula, kat belakang rumah mertua buah durian bergantungan kat pokok woo. Lepas raya confirm durian tu gugur dan confirm i tak boleh makan punya (nangis). Confirm hubby akan habiskan bahagian i (nangis lagi kuat).

Selain dari corak pemakanan yang berubah, i banyak google info tentang kehamilan juga. Macamana perkembangan bayi setiap minggu, do's and don't's , tips tips dan sebagainya (anak first kot). Lepas berbuka i tak miss makan Asid folic dan lepas isya', i bancuh susu dumil mama segelas. Mujur i takda masalah dengan susu, bedal apa saja brand pun (tapi kakak ipar i cakap anmum perisa mango sedap, will try later)

Lagi, perubahan yang i dapat rasakan, i semakin sensitif. Sekecil kecil penolakan dari hubby pun bole buat i sedih. Mujur hubby bukan jenis suka marah atau tinggi suara tanpa sebab. Mujur hubby cool (belanja uncle bob ye, dah puji ni). I je yang kadang tinggi suara dan masam muka tanpa sedar (i'm so sorry, sayang. semua tu tindakan luar kawal, hehe). Bila dikira kira, perhatian hubby pada i dah cukup sempurna (tapi i nak lebih).

Lepas raya baru nak buat buku merah, kat Klinik Keluarga dalam base. 27/8 ni appoinment dengan doktor. Masa tu i dah 8-9 weeks gitu insyaAllah.



Bakal daddy - mommy 



Tuesday, July 30, 2013

Bahulu dapur arang di kampung

Cuti Nuzul Quran yang lepas kami pakat ramai ramai balik Kuantan. Kakak kakak ipar yang duk KL pun balik jugak memandangkan raya tahun ni diorang memasing raya rumah mertua. I sukalah sebab kalau ramai balik Kuantan, mak mertua i mesti masak best best. Dan hari ahad haritu mak mertua i buat bahulu. Bahulu bukan sebarang bahulu. Bahulu dari dapur arang wa cakap lu. Very tradisional sangat (dah very, sangat pula).

See, kocok ke kepok (tak tahu perkataan yang sesuai, kalau i, guna beat je, kat sana diorang sebut kepok) pun tak pakai mixer, pakai benda yang macam spring tu tapi size xxl (so far pernah jumpa yang comel comel one je). Mak mertua i tak mahu pakai mixer. Kakak ipar i yang punya tugas ni, i mengelat ayak tepung jer.



Telur + gula


Masuk acuan


See, tradisional sangat kannn


Panas panas keluar dari acuan


Ececececee


Yang hitam hitam camni lagi sodap


Dapatlah dalam satu periuk besar. Seriously meronta ronta sangat nak rasa panas panas. Mujur puasa. Kalau ikutkan i tak pregnant, dah period dah haritu. Takpelah, pregnant lagi best dari dapat rasa bahulu panas. Bau aroma bahulu yang lazat menusuk hidung. Pulak tu anak buah sorang sorang datang dapur mintak bahulu. Huii tergugat iman acikkk. 

Lepas berbuka kita semua pakat balik sarang masing masing dan bawa balik bahulu. Mak mertua i ajar bahulu ni cicah air teh o atau kopi o sedap oo. Betul sedapp. Best sangat dapat lihat sendiri pembikinan bahulu guna dapur arang ni. 

Zaman anak anak i nanti mesti tak jumpa dah semua ni. 


Sunday, July 28, 2013

Mommy to be

Check kalender di handphone, harini sepatutnya period i datang. Since dah pregnant ni, maka berpuasa penuhlah i tahun ni. Alhamdulillah. On the way balik dari rumah mertua tadi, i minta izin husband nak singgah Guardian sebab i nak beli lagi pregnancy test. Kalau sebelum ni line kabur i dapat, tapi harini i puas dapat lihat line yang pekat di strip tersebut. Kalau kakak i tau, bising dia kata i membazir. Best kot test urine sendiri bila line pada T laju je kelihatan.

Kalau lah baby i nanti tahu i banyak membazir alat ujian kehamilan dari mula kahwin, mesti dia terharu punya.




See see. Line pekat dah muncul kan! I rasa macam nampak baby i pada line tu. How teruja i am. Walau baby i kecil lagi (mungkin sebesar kacang waktu ni), bila i usap perut, i rasa terharu macam nak menangis. Tiap kali lepas solat, i doa agar Allah melindungi kandungan i dan dia membesar dengan sihat.






You know what, orang mengandung akan merasa diri sangat disayangi tau. Tak caya, cuba cakap teringin nak makan apa, mesti dapat. Abang ipar i di kampung siap cakap, kalau teringin apa apa yang berada di hutan, di sungai, dia akan dapatkan untuk i.

Wahhh!


Friday, July 26, 2013

My new phase

Syukur Alhamdulillah, selepas almost 4 month berumahtangga, i dan hubby dikurniakan berita gembira yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sempatlah menikmati hidup berdua dalam tempoh 4 bulan sebelum melewati fasa baru ke arah bertiga.

I cuma nak share pada yang dah berumahtangga dan sedang menanti berita gembira seperti ini juga. Semoga dapat memberi manfaat pada kita.

Sebelum i disahkan positive melalui Urine Pregnancy Test (UPT) ni, i banyak cari info (serius banyak) pasal,

'boleh ke detect kehamilan sebelum period due?'
'kalau boleh detect, berapa hari sebelum period due?'

Ada baiknya kita tahu bila kehamilan kita, at least kita akan lebih berjaga jaga. I baca banyak pengalaman mereka yang mencuba untuk hamil dan bagaimana mereka mengetahui berlakunya kehamilan. Macam macam cerita, yang kalau dibandingkan, seriously, lain orang lain cerita dia. Badan kita tak sama. I sendiri tertanya tanya badan i jenis macam mana? Susah detect kehamilan ke? Ke macam mana?

Sebelum due period, i nekad. I nak juga buat urine test dengan harapan miracle happen, bole detect awal (kalau betul i pregnant lah). Dan,

5 days before period due:


Masa mula celup dalam urine, i tunggu sampai 5 minit, then i kecewa sebab negative. Lepas tu i simpan balik dalam kotak dan letak dalam laci (i tak buang, kang hubby i nampak, kantoi la kan) Lepas lama sikit i lepak lepak tengok tv semua, tergerak hati nak check semula. Dalam keadaan yang kurang pencahayaan i nampak ada line kabur kat bahagian T tu. Berlari i kat tingkap, nak tengok bawah cahaya. Walau kat kotak tu kata, jangan baca result lepas 5 minit, pedulik hape. Ada line kot. I mula taruh harapan. Dengan harapan yang menggunung, i google pasal ni. I baca blog orang, forum bagai, semuanya tak menyenangkan hati i. Majority kata lepas 5 minit kalau baca result, itu dikira false positive sebab air kencing tu meruap dan kering maka terhasillah line tersebut. I tetap tak puas hati. I yakin yang masa tu i mengandung. Sebab sebelum sebelum ni, i buat UPT, tak pernah langsung ada line walau line kabur sekalipun.



Disebabkan i betul tak puas hati, i buat UPT guna ClearBlue digital. Orang kata brand CB ni very accurate. Sangat sensitif, boleh detect seawal 4 hari sebelum period due (tapi mahal siot). Mula mula i cadang nak test lagi 4 hari waktu period i sepatutnya datang. Well, mana tahan. I test waktu petang dalam pukul 5 gitu. Orang kata lebih elok test guna first urine lepas bangun tidur sebab masa tu hCG (Human chorionic gonadotropin) paling tinggi. Tapi kan puasa, so air kencing i takda lah cair sebab tak makan tak minum beberapa jam. Masa tu jiwa i memberontak sangat nak buat test ni memandangkan hubby tengah tidur selepas keletihan pulang dari kerja.

I buat dalam toilet (masa tu kat Mess). Terketar ketar tangan i nak celup alat tu dalam urine. Dalam hati, kalau keluar result NOT PREGNANT, confirm i akan kecewa gila dan i akan buang sorok sorok tanpa pengetahuan hubby. Ambil masa jugak lah nak tunggu dia baca keputusan. Kalau positive, i nak buat surprise kat hubby lepas dia bangun tidur nanti.

Alih alih, result keluar PREGNANT. Masa tu i rasa macam terbang di awangan. I jadi gelabah sebab terlalu excited dan i kejut hubby, i tunjuk pregnancy test tu pada dia (tadi konon nak surprise bagai). Hubby i masa tu tengah mamai lepas tu blur tengok amendalah yang i tunjuk kat dia tu. Sebab hubby blur, i cakap "kite mengandung". Hubby dan i senyum lebar sampai ke telinga, dalam hati tak putus putus ucap syukur di atas rezeki yang dikurnia.


Kalau kat kit tu cakap 1-2, means doktor akan anggar kandungan i dalam 3-4 minggu. I akan jumpa doktor selepas dah melewati period due. Doktor pun confirm suruh tunggu dulu. Hubby kata, nanti dia bawa i ke klinik keluarga yang dalam TUDM tu. Excitednyaa.

3 days before period due:


Yup, still kabur tapi jelas kalau tengok betul betul, bukan dalam gambar. Laju je line tu naik lepas i celup dalam urine. I kira, hormon pregnancy i agak tinggi juga, sampai bole detect awal sebelum period due. Setiap orang lain lain, ada yang dah lewat period seminggu pun still UPT tak boleh detect lagi, tapi boleh detect melalui scan atau blood test. Line yang kabur menandakan hCG dalam badan belum banyak lagi. Korang nanti fikir camnilah, asal ada line, even kabur, ada harapan lah tu. Test lagi selepas 2-3 hari.


Semoga Allah SWT melindungi kandungan i dan baby membesar dengan sihat di dalam rahim ini.



Wednesday, July 24, 2013

Hubby mengundi lagi

Sabtu lepas (20 July), hubby pergi mengundi buat kali kedua bagi Dun Kuala Besut berikutan Adun sebelumnya yang meninggal dunia akibat kanser. I yang takde kena mengena pun agak teruja merasai suasana hangat pilihanraya kecil yang berlangsung di sana. Sepanjang jalan ke Kuala Besut penuh dengan poster dan markas gerakan kedua dua parti. Tentera macam biasalah, kena mengundi awal. Lepas hubby balik je, cecepat i cari jari dia. Excited nak tengok dakwat. Hubby sakat nak korek hidung i dengan jari biru dia tu. I cakap, janganlah nanti taik hidung i tukar jadi kaler blue.



Dakwat kekal ni serius kekal, tak macam PRU lepas. Hubby kata lepas celup je, kalau kesat kat mana mana, tak effect. Basuh pun unless you tonyoh guna sabun, ada la kesan sikit. Hari keempat pun, dakwat stay camtu lagi. Patut PRU dulu SPR guna dawat camni, baru takde kontroversi. 


Hubby sebelum keluar mengundi


Pun sebelum mengundi, hubby dapat kain pelikat, gula dan minyak 
(i suka i suka! bole tambah stok dapur we ols)


Dah lima hari lepas hubby mengundi, jari dia macam takda tanda tanda nak pudar pun (kalau tengok betul betul, macam nak terhakis dakwat tu sebenarnya). I cakap pada hubby, "eee sampai ke tua lah jari sayang macam tu, eee semua orang jari normal, jari sayang dah tak cantik".

Lepas tu hubby nak cucuk hidung i guna jari dia. Lari lari, selamatkan diri. 


Friday, July 19, 2013

Di Mess Perwira, PU Gong Kedak

I suka berada di bilik bujang hubby di Mess Perwira, Pangkalan Udara Gong Kedak. Walaupun tak seselesa seperti rumah sewa kami di Kuantan, tapi i seronok berada di sini sebab berada di sisi suami. Beradalah di mana-mana pun asalkan di sisi dia. Bilik kecil yang dilengkapi perabot dan tandas menjadikan kami menjalani kehidupan yang sederhana berdua. Tapi tulah, i tak boleh nak masak sebab takda dapur. Kat sini pun takda masalah makanan sebab dalam Mess sendiri ada sediakan juadah tengahari dan malam (cuma antara rajin tak rajin nak ambil je). Sedap juga makanannya, i dah rasa. Kalau hubby tak posting ke sini, tak merasalah i berjalan ke negeri negeri belah sini.


 Kecik comel je biliknya


Sangat berinspirasi untuk mengupdate blog di sini 


 Waktu sahur selalunya grab je apa yang ada atas meja


Permandangan dari pintu belakang. Hubby parking kereta kat situ, selalu hubby lompat je penghadang tu (i pun sama lompat juga)


Since i ada sini, bilik hubby bersih kemas je sentiasa. Cuba kalau i tak ada? Ayam pun teringin tumpang bertelur agaknya. I tak suka sepah sepah (tapi kereta hubby, i suka sepahkan).

Kat sini makan best, jauh dari kesesakan, banyak pantai, jauh dari annoying people juga. Cuma part tak best i tak boleh nak masak je. 

Nanti balik Kuantan, kite masak sedap sedap untuk sayang, ya? 


Thursday, July 18, 2013

Isteri sang tentera

Selalu kita dengar, jadi isteri kepada tentera je mesti kena tinggal berjauhan, mesti tak dapat jumpa selalu selalu. Alasan dia isteri kerja kat situ, suami kerja kat sana. Motif utamanya, duit. Dah jadi mindset, kalau wife tak kerja (bagi yang kerja jauh dari suami), kesian si suami. Kononnya bagi mebantu si suami agar kehidupan lebih selesa. Yup, true but i'm not agree with that. Dalam kepala, i dah set 'tempat isteri di sisi suami'. Biarlah kalau tak kerja pun, biarlah kalau degree tu hanya sekadar buat hiasan di dinding sekalipun, asalkan i di sisi suami. I dapat hidup normal macam pasangan suami isteri yang lain. Dapat keberkatan hidup berumahtangga. Dapat kumpul pahala sebab berbakti kepada suami without any boundaries.

Bila dah ada anak, satu hal pula. Sekali sekala baru suami dapat pulang, so jarang jarang dapat bermesra dengan anak. Jangan salahkan orang lain kalau anak sendiri tak kenal bapanya. I faham, setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka pilih untuk berjauhan. Kat tempat kerja hubby di Besut ni pun berapa ramai pegawai yang isteri mereka kerja di KL. Kadang tu sampai bertahun tahun lamanya tinggal berjauhan. Memang, alah bisa tegal biasa. Jadi, i tak nak biasakan diri i to be one of them. I tak nak.

I berangan, bila i ada anak nanti, i nak asuh mereka sendiri, tak payah hantar nursery. I nak didik mereka apa yang nursery tak boleh beri. Sebab tu jika diberi pilihan, i tak mahu kerja. Sebuah institusi keluarga yang berjaya dan bahagia bermula dari rumah. Tapi ramai di kalangan kita yang masa lebih dihabiskan di tempat kerja.

Rezeki ada di mana mana. Duit yang dikejar tak akan berhenti menunggu kita. Rezeki yang sedikit akan terasa berkat andai kita mensyukurinya.

I harap dan berdoa hubby akan cakap, 'sayang tak payah kerjalah, jadi suri rumah sepenuh masa'. Bahagianyaaaaaa rasaaaaaaaa.



In my dreams.


Wednesday, July 17, 2013

Rajuk si isteri

I ada satu perangai yang i tak suka ada pada diri tapi i kerap lakukan. Iaitu merajuk. I rasa i jahat bila merajuk sebab hubby kena pujuk rayu banyak banyak kali baru i cool down. Kadang tu benda kecik pun nak merajuk sampai hubby tak tahu apa punca. Tapi i belajar satu perkara, kita orang perempuan kalau tak setuju dengan sesuatu, harus bagitahu directly, tak boleh assume dia tahu apa kita mahukan, tak boleh assume yang dia tahu kita merajuk sebab apa. Walau pada diri kita berkata 'takkan tu pun tak boleh agak kita merajuk sebab apa?' Ye, betul mereka tak tahu.

Benda kecik pun nak merajuk contohnya macam hubby pulang kerja, tapi tak pandang kita, tak greet kita, tak terus peluk kita dan benda benda sweet yang kita orang perempuan selalu harap hubby lakukan. Contohnya dia balik kerja, tukar baju terus tengok tv atau terus pergi mandi semua. Pun boleh rasa sedih gila dan dalam hati kata, 'sampai hatikan ignore kita'.

Lepas dah mandi, time dia baru nak buat semua yang kita harap dia buat tadi, perasaan tu terus hilang serta merta. Dalam hati rasa nak jerit kuat kuat, 'too late laaaa dear'. Mulut muncung sampai boleh sangkut hanger, Hubby sentuh, angkat tangan hubby taruk jauh dari kita. Hubby pun terpinga pinga, apa salah dia.

At last bila hubby tanya 'sayang kenapa?' 'sayang kenapa?' kali sejuta baru i cerita sebenarnya macam ni macam tu. I tak puas hati ni i tak puas hati tu. Lepas terpacul je sorry dari mulut hubby, terus senyum lebar gila, dalam hati melonjak suka. Kesian orang laki laki, kadang tu dah minta maaf, salah. Tak minta maaf, lagi lah salah.

Bila dah minta maaf semua (i pun minta maaf juga), boleh ketawa ceria balik macam biasa. Part hubby sabar pujuk tu kadang buatkan i nak mengalirkan air mata. Sabarnya dia.

Rasa macam nak peluk peluk ibu mertua, sebab lahirkan lelaki sempurna yang akan bertahta di hati i selagi hayat ada.


gambar hiasan




Tuesday, July 16, 2013

Puasa pertama berdua

Sebelum nak Ramadan lagi i dah excited gila. Maklumlah, first time nak sambut bersama suami tercinta. Dalam kepala ligat fikir nak masak apa. Time ni lah nak improve skill memasak dengan menambat hati dia melalui perutnya. Yaa, perutnya. I suka masak untuk suami sebab dia mewah dengan pujian. I pun tak malu tanya ulang ulang kali, sedap ke? sedap tak? Sebab tau dah hubby akan jawab, sedap sangat. Tak malu betul tanya tanya banyak kali.

First day bersahur, i masak ni; sotong kunyit with potatoes dan rendang ayam mudah dan lazat. I masak awal sebab excited punya pasal, time sahur just panaskan saja,





First berbuka, kat rumah mertua so i decide untuk buat kuih gula melaka dan meehoon goreng, bawa pergi sana. Dah tiga kali berbuka di rumah mertua, mesti i bawa something yang i masak dari rumah. Since mak mertua i tak suka makanan beli, buat i lagi teruja untuk masak sendiri




 Sahur berdua, nasi goreng dengan udang galah goreng


Break fast for two, meehoon sup with meatballs and begedil dan donut gebu *homemade*


Chicken paprik


Sempena suami pulang dari Lahad Datu. I buat ini *nak jugak selit ni


Yang paling tak boleh tahan yang buat i kembang setaman bila hubby said, "sayang masak tak pernah lagi tak sedap, semua sedap sangat" (bole bayangkan tak muka bangga i cemana)

Perempuan, nak buat dia happy suami puji sikit cukup la (tapi suami i puji banyak), kembang setaman seminggu. 

Masak untuk suami kot, mesti ramuan utama dia kasih sayang. Semoga air tangan isteri ini dapat menyemarakkan lagi rasa cinta di antara kami berdua.

Amin amin Ya Rabbal Alamin.


P/s: Selamat berpuasa semua! Tahun ni husband kena kerja pagi raya, so i raya di Pangkalan Udara Gong Kedak saja. Yeay! Serius i suka. I suka. Rayalah di mana mana saja, asalkan dengan dia. Dengan dia.



Wednesday, July 3, 2013

Hubby nak balik dah haa

"Sayang, kite ada berita baik dan best, nak tahu tak?"

"Mestilah nak, apa dia?"

"Jumaat ni kite dah bole balik"

"Yeayyyyy!", i loncat loncat

"So, nanti jemput kite kat Tudm Subang ya"

"Okie dokie"


Yeah sayang bole balik awal tiga hari. Patutnya ikut jadual hari Ahad (7Julai). Mujur tak payah extend sampai ke puasa. Rindu gila kot kat suami (untung laa dah ada suami)

Suami kata, nanti dia dapat cuti kejap lepas balik ni. Yeah bole shopping barang dapur (plus baju raya juga). Bole la lepas rindu lama lama (qada' balik masa masa yang tak dapat diluangkan bersama). Mesti hubby pun rindu nak dengar i membebel sebab pakcik tu asyik main candy crush jer. Entah dah level berapa lah agaknya. I pun rindu nak masak lazat lazat (lepas tu tengok dia makan lepas tu i dapat pujian lepas tu i kembang lobang hidung).

Oh i miss everything about you, my lovely hubby.

See you on Friday!


Monday, July 1, 2013

Hubby vs wifey

I sedih tau bila baca masalah rumahtangga yang orang share kan di page page perkahwinan kat facebook. Yang balik balik perempuan mangsa, yang selalu pun suami yang curang, yang perkahwinan dah pun cecah 4-5 tahun, yang ah tak sampai hati nak baca sebab nanti mesti nangis. Baca sekadar pedoman bole la. Banyak membaca sangat pun buat i berkongsi aura negatif buat apa? pastu sedih sorang sorang. Ntahpape.

Bukan ke perkahwinan tu untuk mententeramkan jiwa, agar saling lengkap melengkapi, tempat bagi melepaskan penat dan lelah, muara tempat berlabuhnya kasih dan sayang?

Rasulullah s.a.w sendiri mengibaratkan wanita sebagai tulang rusuk lelaki yang bengkok. Tapi perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka.

I percaya, semuanya harus bermula dari suami. Jika suami melayan isteri seperti ratu di hatimu, isteri akan menjadikan suami sebagai raja di hatinya.


                                                      *                    *                      *


Semalam i whatsapp hubby gambar ni since hubby di Sabah lagi,




Hubby reply,

"Tq dear
I will be the best"

I reply,

"I know you will :)"